BAB 8

Drama Completed 2186

Keesokan harinya aku tidak sabar menunggu Rita muncul di muka pintu. Aku bersiap sedia dengan bermacam-macam soalan dan bentakan yang ku hafal sejak malam tadi. Aku ingin memarahinya di atas segala rancangannya selama ini. Apa, dia ingat aku ni bodoh, main ikut sahaja semua cakap dia untuk lulus sebagai calon suami Ziana ? Jangan-jangan selain aku, ada ramai lagi lelaki yang sedang dalam senarai calon suami Ziana . Andai aku tidak menepati ciri-ciri yang dia mahu sebagai calon suami Ziana maka dia akan buang aku macam tu saja? Ah, aku tak sanggup!

“Macam mana dengan mereka yang gagal?”

“Putuskan hubungan macam tu saja. Encik Azroy yang awak tumbuk hari tu salah seorang daripadanya.” Mengingat kata-kata Ziana semalam aku jadi sangat marah. Mungkin lepas ini nasib aku akan jadi seperti Encik Azroy .

Malangnya Rita tidak muncul-muncul juga sedangkan dia tidak pernah gagal terpacak di depan pintu rumahku selama ini. Jangan-jangan dia sudah tahu aku marah lalu tidak berani bersemuka denganku?

Hari-hari seterusnya juga Rita tidak muncul. Begitu juga adiknya, Ziana . Hal itu membuatkan aku semakin takut. Takut menjadi senarai lelaki yang gagal sebagai calon bakal suami Ziana . Aku cuba menjenguk ke tingkat atas beranda rumah mereka. Tiada siapa yang muncul di situ. Aku cuba hubungi nombor telefon bimbit mereka, yang menyambut cuma suara operator sahaja.

Hinggalah satu hari pintu rumahku diketuk dengan bertalu-talu ketika aku sedang tidur. Sambil terpisat-pisat aku membuka pintu dan...akhirnya!

“Abang suka kakak?” Mendengar soalan yang dibangkitkan oleh Ziana , aku menoleh lemah. Gadis yang baru kunikahi seminggu yang lalu kelihatan sugul.

Dia bangun dari pembaringan kemudian mengambil tempat di sebelahku. Dia sengaja melentokkan kepalanya sambil menarik nafas berat. “Abang setuju nikah dengan saya sebab abang rasa sayalah gadis yang abang lihat di beranda pangsapuri saya dulu? Betul tak?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience