BAB 6

Drama Completed 2186

“Ya, ya…tak apa, tak apa…” Acuh tak acuh dia menjawab. Setelah selesai memasukkan semua barang-barang kembali ke dalam beg, dia berdiri semula. “Kak, baiklah. Saya setuju kalau kakak nak kami bercinta. Saya ikut saja rancangan kakak.”

Wanita itu kelihatan tersenyum. “Lima belas minit dari sekarang, awak mesti ada di Perpustakaan Daerah. Cari seorang lelaki bernama Encik Azroy di situ. Perkenalkan diri awak sebagai kekasih Ziana pada dia dan…” Aku melihat dia menghulurkan sesuatu dari kocek seluar slack yang dipakainya. Sekeping sampul surat rupanya.

“…bagi surat ni. Kalau dia tanya macam-macam, awak cakap saja awak kekasih Ziana . Buat sampai dia faham. Jangan keluar dari situ selagi awak tak selesai dengan dia. Lepas selesai, awak jumpa Ziana di restoran segera dan hantar dia balik rumah. Awak puas hati dengan rancangan percintaan ini?”

Aku tercengang.

Encik Azroy , lelaki yang disebut oleh Rita tadi tidak semena-mena menarikku keluar dari Perpustakaan Daerah lalu cuba mahu memukulku.

“Awak tahu saya ni siapa? Berani awak datang jumpa saya dan cakap awak kekasih Ziana ?” Mulanya aku mahu katakan bahawa aku sekadar menurut arahan Rita tetapi setelah dia bertindak kasar dengan menumbuk perutku, aku tidak mahu mengalah.

“Buukkk!” Lelaki bertubuh kurus tinggi itu terkebil-kebil menerima penangan tumbukan di hidungnya. Berdarah. Mungkin tulang hidungnya patah. Selepas itu dia tergesa-gesa lari sambil menjerit, “Ziana tu kekasih saya! Ziana tu kekasih saya!”

Berkerut keningku. Rasa pelik. Jangan-jangan aku baru sahaja menumbuk kekasih Ziana . Jika benar, kenapa agaknya Rita merancang demikian? Adakah dia tidak suka Encik Azroy bercinta dengan adiknya lalu membuat rancangan seperti ini agar Encik Azroy tidak bersama Ziana lagi?

Aku ceritakan peristiwa itu kepada Ziana di restoran segera. Ternyata dia gembira. Malah memuji betapa ‘beraninya’ aku kerana menumbuk Encik Azroy .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience