BAB 9

Drama Completed 2186

“Apa yang awak cakap ni, sayang?” Aku bertanya lirih. Dagu runcing Ziana kuangkat. Air matanya menitis. “Kalau abang nak tahu, gadis yang abang lihat di beranda tu bukan saya, bang. Itu Kak Rita . Setiap pagi dia memang keluar di situ, melihat matahari muncul. Dia cakap, dia takut tak ada kesempatan lagi untuk melihat matahari terbit setiap pagi.”

Aku terpana lagi. Mataku terpejam. Masih teringat merenung seorang gadis di beranda pangsapuri milik Rita dan Ziana beberapa waktu yang lalu.

“Tapi...Rita cakap itu awak!” Ziana ketawa sambil menyeka sisa air matanya.

“Kakak tipu. Dia tahu abang jatuh hati dengan gadis di beranda tapi yang pasti gadis itu bukan saya.” Aku menegur air liur sendiri. Bermacam perasaan bersarang di dalam benak, tetapi yang pasti, aku menyesal kerana baru tahu tentangnya sekarang.

“Kak Rita ...” Ziana menyambung ayat. “...Dia seorang yang melakukan sesuatu dengan sebuah alasan yang munasabah.. Dan saya baru sedarinya kini, dia beria-ria carikan jodoh yang baik untuk saya kerana tahu dia akan ‘pergi’ tinggalkan saya. Sebab itu dia beria-ria pastikan abang lengkap dengan segalanya seperti tidak berpenyakit, tidak berhutang, ada pekerjaan yang baik...” Pandanganku berbalam lagi, teringat kejadian isi beg tanganya terburai akibat direnggut olehku. Patutlah aku ternampak botol pil ubat bermacam-macam jenis di dalam beg tangannya. Rupa-rupanya dia menunggu panggilan dari Illahi yang bila-bila masa saja menjemputnya.

Kali ini di beranda itu ku temukan wajah Rita yang ayu dan rupawan, dia masih sama malu dan hanya menundukkan wajahnya namun seketika kemudia aku melihatnya. Mata kami saling tertancap dan dia menghadiahka sebuah senyuman yang pertama kali ku lihat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience