BAB 5

Drama Completed 2186

“Kak, saya masih tak faham. Kalaupun kakak tahu saya mengintip Ziana selama ni, perlu kah kakak paksa saya kahwin dengan dia?”

Langkahnya mati. Waktu itu dia sudah berada beberapa meter dari lif yang sudah terbuka.

“Jadi awak tak nak kahwin dengan adik saya? Kalau macam tu lupakan semua ni.” Aku tergamam pula. Serba salah. Sebenarnya bukanlah niat ku mahu menolak rancangannya tetapi aku keliru dengan apa yang sedang diaturkannya.

Menolak Ziana , gadis jelita itu sesuatu yang tidak patut bagi lelaki bujang seperti aku.

“Kak, maksud saya…kakak tak takut ke kalau saya ni lelaki jahat. Kenapa kakak yakin saya akan jaga adik kakak dengan baik? Ke…kenapa kakak tak kisah kahwinkan adik kakak dengan saya?”

Dia merenung ku seketika. “Sudahlah kalau awak tak nak. Saya boleh cari lelaki lain untuk kahwin dengan adik saya. Bye .”

“Kak! Bu…bukan macam tu maksud saya!” Tidak semena-mena aku bertindak menarik beg tangannya. Bimbang jika dia beredar begitu saja tanpa penjelasan jelas daripadaku.

Di lantai pintu lif yang masih terbuka, beg tangannya yang berwarna hitam terputus talinya lalu terjatuh. Aku tergamam. Rita juga begitu. Cepat-cepat aku meminta maaf akibat perlakuan tidak sabar itu.

Aku melihat isi begnya terhambur keluar. Dia tidak memandang wajahku tetapi segera mencangkung untuk mengutip isi beg. “Minta maaf kak. Saya tak sengaja.” Ujarku cuba untuk membantu tetapi dia menegah dengan kasar.

“Hei, tak payah, tak payah. Saya boleh buat!” Ketika itulah aku berkerut kening melihat beberapa botol pil ubat dimasukkan ke dalam beg.

“Kak, sorry kak. Saya tak sengaja.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience