BAB 3

Other Completed 2087

“TEACHER tau tak maksud Bismillah tu?”

Nuur memandang tepat wajah pelajar yang sudah tersenyum-senyum itu. Meleret saja senyuman manisnya. Wajah cerah itu nampak amat ceria walaupun pipinya sedikit cengkung. Nuur menghentikan seketika aktiviti menyemak buku latihan.

“Kenapa tanya?” soal Nuur perlahan.

Jazman masih senyum. “Teacher mesti tahu maksudnya kan?”

Nuur hanya mengangguk. “Bismillahir rahmannirrahim…Dengan nama Allah yang Pengasih dan Penyayang.”

Senyuman di wajah Jazman semakin merekah. Nuur juga agak hairan melihat pelajar itu begitu ceria. Namun, sejak berada di sekolah ini dan mengenali Jazman Al-Hafiz sejak Tingkatan Satu lagi, pelajar ini tidak kedekut senyuman. Seorang pelajar yang ringan tulang itu sudah pasti. Semua guru memuji sikap dan sahsiah Jazman. Jika pelajar ini tinggal di Asrama, sudah pasti dirinya akan dilantik menjadi Ketua Asrama atau pun Ketua Pelajar.

“Kenapa dengan kalimah tu?” tanya Nuur ingin tahu.

“Tak ada apa. Saya suka kalimah Bismillah. Mak selalu pesan, baca Bismillah kalau nak buat apa pun. Nak bangun dari kerusi pun kalau boleh baca Bismillah. Baca Bismillah tu tak semestinya nak makan minum je, tapi semua tindakan yang kita buat. Teacher nak marking buku pun elok baca Bismillah. Moga ilmu dalam buku tu kekal dalam fikiran kita orang semua ni.” Panjang lebar penjelasan Jazman.

Nuur agak terkesima mendengar kata-kata Jazman.

“Saya nak teacher pun baca Bismillah setiap kali teacher nak ajar saya dan kawan-kawan. Boleh tak teacher?” sambung Jazman dan pelajar itu mula menatap kertas di atas meja. Nuur hanya mampu senyum dan menggangguk perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience