BAB 9

Other Completed 2087

Setahun berlalu….

“Teacher…don’t forget recite Bismillah!” suara itu bergema dalam kelas. Cikgu Nuur tersentak dan terhenti mahu memulakan menulis tajuk di papan putih. Segera mencari suara lantang itu. Seisi kelas 4 Sina sudah ada yang senyum, sengih dan mengekek ketawa. Pencarian mata Nuur berhasil apabila melihat wajah ceria itu sedang tersenyum manis sambil menunjukkan tanda ‘piece’ pada dirinya.

“You disturb me again Jazman,” tutur Cikgu Nuur sengaja dalam nada tegas.

“I’m so sorry teacher. But teacher…I just want to remind you..remember Bismillah…please smile teacher…smile…peace…” Jazman masih mekar senyuman di wajahnya. Memujuk Nuur yang disangkakan marah kerana diganggu. Aizat yang duduk disebelah sudah merah padam menahan ketawa.

“Teacher..don’t forget Bismilah…always remember Bismillah…” petah Jazman bersuara lagi. Anak matanya tetap merenung Nuur di depan kelas.

“Jazman…I always remember Bismillah for whole my life…” Cikgu Nuur mengukir senyuman dan mengenyitkan mata pada Jazman dan pelajar-pelajar yang lain.

“Teacher…Jazman tu dah gila bayang dengan lagu Ku Pinang Kau Dengan Bismillah,” sampuk Adaweyah mula menggamatkan suasana kelas. Jazman mula memasamkan wajah dan berpaling memandang wajah Adaweyah yang mengusiknya.

“What song?” Cikgu Nuur hairan dan bertanya.

“Ku Pinang Kau Dengan Bismillah!!!” serentak Adaweyah, Afiqah, Adilla dan Syafiqah menyebut judul lagu itu. Pelajar-pelajar lelaki mula menyebut ‘booo’ lama-lama. Aduhai, bagai nak pecah kelas ini, rungut hati Cikgu Nuur.

“I propose you with Bismillah!” Syaril tanpa disuruh telah menterjemahkan judul lagu itu ke Bahasa Inggeris . Gelak tawa berderai lagi. Semakin gamat.

“OK…OK…stop laugh. Keep silent class….” Cikgu Nuur menggerakkan tangan meminta pelajar-pelajar yang masih ketawa sakan itu untuk berhenti ketawa.

“Saya suka Bismillah…” Jazman bersuara setelah rakan-rakannya berhenti ketawa. Cikgu Nuur memandang tepat wajah Jazman. Anak muda itu terus senyum.

“Alahai umi mengelamun lagi ni Izzul…” suara garau Zafran mengejutkan lamunan Nuur. Tercegat di depan matanya, tubuh Zafran yang sedang memegang tangan mungil Izzul yang bulat matanya melihat dirinya. Zafran hanya tersengih.

“Ehh..bila masa anak comel umi ni dah ada depan ni? Meh sayang…” Nuur mendepangkan tangan dan sepantas itu Izzul Idris melepaskan pautan jemari walidnya. Terkedek-kedek si kecil yang baru belajar berjalan itu mendekati tubuh Nuur.

“Alah, rindu umi ke sayang?” tubuh montel itu dipeluk erat. Digeletek perut montel Izzul Idris dan anak kecil itu mengekek ketawa. Zafran duduk di sebelah Nuur. Memaut bahu isterinya dengan kemas.

“Mengelamun apa tadi?” soal Zafran perlahan.

“Teringat arwah Jazman dan kalimah Bismillah,” jawab Nuur.

“Kenapa tiba-tiba teringat pula ni?” Zafran masih bersoal.

“Anak didik Nuur yang sangat istimewa. Tak mungkin Nuur akan lupa. Hanya dia yang tak takut untuk tegur Nuur dan ingatkan supaya mulakan setiap perkara itu dengan kalimah Bismillah.” Sekali lagi penjelasan ini diperdengarkan untuk suaminya, Zafran Sulaiman. Cepat benar Zafran lupa sebabnya yang satu ini. Faktor yang sentiasa ada memori bersama Arwah Jazman Al-Hafiz dalam kotak ingatan Nuur.

“Abang dah lupa ke?” tanya Nuur dan dipandang wajah Zafran. Izzul Idris sudah terkedek-kedek berjalan mengambil bola yang disepak tadi. Taman rekreasi Teluk Intan ini agak lengang dengan pengujung walaupun hari ini hari Ahad. Suasana bayu petang pukul 6 petang menyamankan dan menenangkan.

Zafran senyum dan menggeleng kepala. “Abang tak lupa.”

“Harga satu kalimah Bismillah…” tutur Nuur lembut. Dibiarkan saja pautan tangan Zafran di bahunya. Terima kasih Jazman…terima kasih dengan kalimah Bismillah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience