BAB 7

Other Completed 2087

Kereta Mitsubishi Lancer yang dipandu Zafran melewati Pekan Simpang Tiga. Nuur masih membuang pandang keluar dari tingkap kereta. Saat ini, jantungnya seakan berdebar dan berdegup kencang lain macam. Kotak fikirannya pula berlegar-legar bermacam perkara yang sedikit masa lagi akan dihadapinya. Jiwa runsing, hati gelisah, jantung berdebar. Semuanya bersatu menjadi satu bebanan yang seakan tidak mampu untuk diusir jauh. Namun, hadirnya Zafran di sisi, sedikit memberi satu semangat untuk Nuur. Semangat dan tekad untuk membantu seorang anak didik.

“Awak ni senyap je kenapa? Tidur ke?” tegur Zafran setelah lama menyepi.

Nuur melepaskan helaan nafas. Pandangan mata masih pada pepohon yang dilewati. Sekali lagi melepaskan nafas, Nuur memandang Zafran semula.

‘ “Rasa takut pun ada…” ujar Nuur perlahan.

“Nak takut apa? Hah, mula nak fikir yang bukan-bukan la tu.” Zafran ketawa kecil. Bukan tidak dikenali wanita yang duduk disebelahnya ini. Nama saja memegang status guru, tetapi ada masanya fikiran tidak pernah positif, asyik bernegatif sahaja.

“Bukan fikir yang bukan-bukan…cuma…terfikir aje…” balas Nuur.

“Ehh..dah…dah..jangan nak fikir lagi. Dah dekat nak sampai ke ni? Awak ni tahu ke tidak rumah dia ni? Jangan kita sesat pulak.” Zafran memperlahankan kelajuan kereta yang dipandunya.

“Rumahnya tepi jalan je. Cari pokok besar yang ada signboard….itu…itu…” Nuur meluruskan jari telunjuknya ke hadapan pada sebuah pokok besar yang merimbun daunnya.

Jika benar itu pokok besar yang menjadi tanda ke rumah Jazman, Nuur memanjangkan leher dengan tidak sabar. Kereta sudah berhenti di tepi jalan, bersebelahan dengan pohon besar itu. Terpandang sebuah titi yang terdampar di atas sebatang parit dan nun dihujung kelihatan sebuah rumah papan yang agak usang. Jalan menuju ke rumah itu agak semak dengan rumput-rumput yang tumbuh meliar. Sejalur jalan tanah tanda laluan tayar motosikal yang mungkin keluar masuk.

“Jom,” ajak Zafran setelah enjin kereta dimatikan. Cermin mata hitam yang dipakai tadi ditanggalkan dan diletakkan di atas dashboard. Nuur memegang erat beg tangan. Dada ini semakin berdebar-debar. Rentak jantung yang berdegup semakin rancak.

“Takut…” tutur Nuur perlahan apabila pintu disisinya sudah dibuka oleh Zafran dari luar kereta. Tidak disedari lelaki itu sudah keluar rupanya. Zafran berkerut dahi.

“Ishh…takut apa?” Zafran sudah membuka luas pintu kereta tetapi Nuur masih duduk tidak berganjak.

“Ayah Jazman tu garang…entah..entah…” Nuur tidak menghabiskan ayat. Perasan juga melihat wajah Zafran yang sudah tegang semacam melayan kerenah dirinya ini.

“Stop your negative thinking sayang. Jom cepat. Tadi beria-beria mengajak, dah sampai sini dia pulak yang penakut.” Zafran menarik lengan Nuur dan memaksa wanita itu untuk keluar dari kereta. Nuur mengalah juga akhirnya.

Dalam tempoh lima minit menyusuri jalan tanah, langkah kaki berhenti di hadapan sebuah tangga kayu. Nuur memandang wajah Zafran. Lelaki itu masih dengan wajah tenangnya. Fuhh kiri. Fuhh kanan. Nuur membaca beberapa doa yang dapat menenangkan hatinya. Tingkap-tingkap rumah papan itu terbuka luas. Suasana sunyi. Pintu yang terbuka menandakan pasti isi rumah ini ada di dalamnya.

“Assalammualaikum…” ucap Zafran sedikit kuat. Menanti seketika dan terdengar derap kaki seseorang yang menghampiri pintu. Satu wajah muncul di balik pintu. Wajah comel yang memaparkan riak kehairanan menerima kehadiran tetamu yang tidak diundang.

“Waalaikumsalam. Nak cari siapa?” suara itu menjawab salam. Alunan suara yang halus dan gemersik dari seorang kanak-kanak perempuan yang mungkin berusia 4 atau 5 tahun dari pandangan kasar.

“Abang Jazman ada?” soal Nuur pada si cilik itu. Ini mungkin adik Jazman.

“Kakak siapa?” soal si cilik ini.

“Kakak ni cikgu Abang Jazman.” Jawab Nuur.

“Mak…ada cikgu nak jumpa along!!!” Si cilik itu menoleh ke belakang dan melaung kuat. Nuur melepaskan nafas lega sedikit kerana benarlah ini rumah Jazman.

“Mak suruh naik.” Si cilik yang comel itu melebarkan bukaan daun pintu setelah mendengar arahan ibunya dari dalam rumah. Zafran mencuit bahu Nuur yang kelihatan sakan mengimbas keadaan sekeliling rumah ini.

Melangkah menaiki tangga dan muncul di muka pintu, pandangan mata Nuur jatuh pada satu tubuh yang terlantar di atas tilam lusuh yang nipis. Spontan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience