BAB 6

Romance Completed 20359

Dia mencapai sekeping kertas kumal dan sebatang pen hitam. Malam ini dia mesti meluahkan segalanya, derita yang terpendam di lubuk hati. Hanya tinggal seminggu! Ya, seminggu… Syifaa’ bakal menjadi milik orang dan Hafiz perlu bersedia untuk menghadapi segalanya.

Dan coretan duka ini hanyalah untuk dirinya sahaja. Untuk dikirimkan kepada insan di sana, dia tiada kekuatan.

Buat insan yang paling ku cintai,

Apa khabar Syifaa’? Hafiz di sini macam biasa. Hari-hari Hafiz dah tak lagi berseri sepertimana sewaktu kita masih bersama-sama, asyik menyulam cinta. Syifaa’ mesti berdebar kan? Menghitung detik bergelar ratu sehari. Tapi sayang, bukan Hafiz yang bakal menggenggam tangan tok kadi, menyakinkan wali bahawa Hafiz pilihan terbaik buat Syifaa’. Hafiz tak mungkin dapat tersenyum tatkala mengenangkan hari bahagia Syifaa’ hampir tiba. Setiap waktu yang berlalu, bagaikan menghambat Hafiz. Tak tahu kenapa, mungkin kerana cinta buatmu terlalu dalam, Syifaa’. Hafiz terpaksa terima bahawa bukan Hafiz yang bakal memegang erat jemari Syifaa’ dan tersenyum bahagia di samping Syifaa’ di atas pelamin yang dihias indah kelak. Pergilah sayangku, bermula semula. Semangat cintaku, membara kerana dia. Tiada niatku…

Sekeping hati ini Telah ku serahkan buatmu

Dari saat mula

Detik perkenalan

Hingga terciptanya

Perpisahan

Yang tidak pernah

Aku bayangkan

Sambutlah rindu ini sayang

Semoga mekar kasih terhadapnya

Bawalah cinta pergi

Dengan keluhuran

Seputih salji

Selamilah hamparan kasih

Hapus semua gundah

akan ku intai bahagiamu dari jauh, sayang

“Macam mana dengan visa? Kad pengenalan? Semua dah ada?” Soal Dzil penuh prihatin. Dia memahami sesuatu. Sesungguhnya Hafiz tak mampu untuk berdepan dengan saat-saat yang bakal meruntun hatinya. Sahabatnya ini langsung tak bersedia untuk berada di Malaysia semasa Syifaa’ dan Ariff disatukan kelak. Dia lebih rela menghabiskan masa di Korea daripada menghadiri majlis tersebut.

“Kau jangan bimbang, Dzil. Aku dah settlekan semuanya. Dah sampai masanya untuk aku naik flight. Kau jaga diri elok-elok. Aku tahu apa yang sedang aku lakukan, Dzil, Kau jangan lupa bagi hadiah kahwin Syifaa’yang aku tinggalkan tu,” Dzil mengangguk perlahan.

“InsyaAllah Hafiz,” Mereka berpelukan seketika. Dzil menepuk-nepuk belakang Hafiz. Agak lama sebelum melepaskan sahabatnya menuju ke arah balai berlepas. ‘Mana Syifaa’ ni? Lambatnya! Nak jumpa Hafiz ke tak?’ Rungutnya dalam hati. Semalam dia telah memberitahu gadis itu mengenai pemergian Hafiz ke Korea. Dia ingin mereka bertemu sebelum Syifaa’ mendirikan rumah tangga. Kini, rancangannya tidak menjadi. Dzil duduk di bangku. Lahir keluhan hampa dari mulutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience