BAB 3

Romance Completed 20378

Hafiz menanggalkan bateri dan mencabut simcardnya. Dia mahu tenteramkan hati yang tak keruan. Menenangkan minda yang bercelaru. Nur Syifaa’ Adriana…

Hafiz tak tahu bilakah nama itu akan terpadam dari memenuhi hamparan kalbunya? Wajah manis yang sedap dipandang mata, dengan ketinggian sederhana, gadis itu anggun dengan kerudung di kepala. Arifah mengambil keputusan untuk menemani adiknya tidur di kamar pada malam itu.

Bimbang jika Syifaa’ bertindak di luar jangkaan. Dia tahu adiknya mampu berfikir waras tetapi dia bimbang kalau-kalau Syifaa’ terlalu tertekan sehingga bertindak di luar batasan. Hafiz berpusing ke kiri kanan menukar posisi tidurnya. Dia susah hendak melelapkan mata. Kepalanya terasa sakit sementalah badannya berpeluh-peluh. Kawan sebiliknya, Dzil terbangun bila menyedari katil bergegar.

Dalam mamai, dia memetik suis lampu. Dzil melompat turun dari katil tingkat atas. Dia menggerakkan badan Hafiz yang masih berguling ke kiri dan kanan.

“Hafiz, kenapa ni?” Pertanyaan Dzil dijawab dengan kerutan wajahnya. Kulit kuning langsatnya tampak begitu pucat.

“Tunggu kejap. Aku ambik panadol,” seketika kemudian, Dzil menuju ke dapur dan mengambil dua biji panadol bersama segelas air masak. Dia merangkul bahu Hafiz dan memberikan ubat kepada sahabatnya itu.

“Terima kasih, Dzil. Kepala aku sakit sangat. Macam nak demam pun ada,” Dzil mengangguk faham. Dia bimbang dengan tahap kesihatan Hafiz yang kurang berselera makan semenjak putus cinta. Dia mengerti betapa payah luka parah di hati Hafiz akan sembuh. Hanya masa jadi penentu.

“Kau rehat elok-elok. Kalau tak larat esok ambillah mc,” cadang Dzil. Hafiz menggeleng lemah.

“Sikit je ni, lagipun dah final year. Aku tak nak tertinggal subjek,” balasnya sebelum memejamkan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience