BAB 9

Romance Completed 20359

Arifah menahan sebak. Dia berlari keluar dari bilik setelah menerima panggilan telefon yang diterima dari Dzil. Penuh ketenangan, dia membisikkan sesuatu ke telinga Syifaa’. Tanpa dapat mengawal emosinya, Syifaa’ meraung di situ juga. Dia terduduk. Arifah menerpa dan mendakap Syifaa’.

“Kak, Hafiz kak… Syifaa’ dah tak dapat jumpa Hafiz lagi,” Air mata berjuraian membasahi pipi.

Tetamu yang hadir saling berpandangan. Ibu bapa kedua-dua mempelai terkejut melihat perlakuan Syifaa’. Mama Syifaa’ tunduk sugul. Rasa bersalah menerpa kalbu dia dan suaminya kerana menghalang niat baik jejaka itu menyunting anak gadis mereka suatu masa dulu. Kini, jejaka itu telah meninggal dunia. Puaskah hati mereka?

Adakah pintu kemaafan masih terbuka buat mereka? Tanpa menghiraukan tetamu yang mula membuat andaian masing-masing, Puan Aishah memeluk Syifaa’ dan berusaha meredakan tangisan anak bongsunya. Belakang badan Syifaa’ diusap-usap.

“Mama, Hafiz dah takde, ma. Syifaa’ nak jumpa Hafiz mama. Please mama. Syifaa’ rindukan Hafiz,” Tubuhnya terketar-ketar. Suaranya tenggelam dalam esak tangis.

“Mama minta maaf sayang, mama bersalah,” Mendengar ucapan yang terzahir dari mulut ibunya, semakin deras air mata membasahi pipi.

“Syifaa’ langsung tak salahkan mama. Ini semua takdir. Kita kena terima,” Ariff masih lagi terpinga-pinga. Arifah menghampirinya dan menyatakan sesuatu yang cukup membuatnya terpana. Dadanya berombak kencang. Syifaa’ memandang Ariff mengharapkan pengertian. Setelah mendengar perkhabaran yang disampaikan oleh kakak iparnya, Ariff memaut tangan isterinya. Dia bergegas membawa Syifaa’ ke rumah Dzil, tempat jenazah Hafiz disempurnakan.

Setibanya di rumah Dzil, mereka hanya dapat melihat jenazah Hafiz telah diusung menuju ke tanah perkuburan. Pandangan Syifaa’ kelam. Dia lemah untuk terus berpijak. Ariff merangkul tubuh isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience