BAB 11

Romance Completed 20378

Syifaa’ mengetap bibir. Ariff memeluk bahu isterinya. Dzil menanti dengan penuh debar. Doktor Asmadi akan menunjukkan keputusan laporan perubatan arwah Hafiz.

“Silakan masuk,” Doktor muda itu mempersilakan mereka bertiga ke biliknya.

“Saya mengucapkan takziah atas pemergian Encik Hafiz. Sebenarnya dalam laporan perubatan ini, kami mendapati encik Hafiz menghidap barah otak di peringkat akhir. Saya belum sempat bertemunya untuk memberi rawatan susulan. Namun, Allah lebih menyayangi encik Hafiz. Simpanlah laporan ini ya dik. Tabahkan hati kamu,” Doktor Asmadi menepuk bahu Dzil. Mereka berjabat tangan sebelum keluar dari bilik tersebut.

Dzil dan Ariff membuang pandang ke arah Syifaa’. Kedua-duanya menyangka gadis itu tentunya akan menangis lagi, namun ternyata jangkaan mereka silap. Syifaa’ kelihatan sangat tenang.

Dzil membawa pasangan pengantin baru itu menuju ke Starbucks Coffe berhampiran. Dia pasti, mereka kini memerlukan ketenangan ekoran gelodak rasa yang melanda jiwa ekoran pemergian Hafiz.

“Syifaa’, aku nak sampaikan amanat terakhir arwah Hafiz. Diari ni dan semua barang-barang Hafiz, kau yang paling layak simpan. Lagipun, banyak kenangan antara kamu berdua dalam diari tu. Emm…ini surat yang Hafiz tinggalkan untuk kita. Dia tulis pada malam sebelum dia pergi. Kau bacalah,” Dzil terus berlalu. Tidak mahu melihat air mata Syifaa’ tumpah lagi.

Ariff tenang memandu. Syifaa’ memegang erat kotak Donald Duck yang berisi barang-barang peninggalan arwah Hafiz. Sampai sahaja di rumah, Syifaa’ berlari menaiki tangga. Dia mahu masuk ke bilik secepat mungkin. Ariff mengekori dari belakang.

‘Ke hadapan insan-insan yang paling bererti dalam hidupku,

Hafiz bersyukur dipertemukan dengan kamu berdua. Dalam hidup yang singkat ini, tak mungkin kita dapat ramal apa yang bakal berlaku. Hafiz amat menyayangi kalian. Dzil, aku bertuah dapat sahabat karib macam kau. Tiada lain yang aku harapkan, semoga kau berjaya mengecapi segala apa yang kau idamkan selama ni. Realisasikanlah impian kita bersama yang belum tentu dapat aku kecapi kelak.

Aku akan tunggu saat-saat tu, Dzil. Aku yakin kau akan menunaikan hasrat aku nanti. Syifaa’, Hafiz gembira sebab Syifaa’ tunaikan janji Syifaa’ untuk mengahwini Ariff. Hafiz bangga sangat kerana Syifaa’ tak hampakan niat ibu bapa Syifaa’ semata-mata sebab Hafiz. Terimalah Ariff seadanya. Tiada siapa yang betul dan salah dalam hal ni.

Hanya Dia yang berkuasa, dan Dia lah yang menentukan setiap perjalanan hidup kita di muka bumi ini Syifaa`. Terimalah hakikat bahawa antara kita memang tiada jodoh. Syifaa’, lepas ni Hafiz akan pergi untuk menyambung pengajian ke Korea. Entah bila kita akan bertemu lagi sayang. Ingatlah, syurga seorang isteri terletak di bawah telapak kaki suami. Taatilah Ariff seadanya Syifaa’. Akan ku intai bahagiamu dari jauh, sayang.’

Penuh kasih sayang,
Hafiz farshah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience