BAB 7

Romance Completed 20359

Syifaa’ merentap pautan jemari Ariff. Dia berlari selaju yang mungkin, mengejar masa untuk menatap wajah yang sekian lama dirindui. Setelah puas memujuk Syifaa’, Ariff terpaksa akur dengan permintaan tunangnya untuk bertemu Hafiz.

Jika Ariff enggan, Syifaa’ tak mungkin akan mengahwininya. Meski terpaksa, dia memandu juga ke KLIA semata-mata untuk memenuhi hasrat Syifaa’. Jauh di sudut hati. Ariff teringin melihat bagaimanakah gerangan Hafiz yang terlalu dipuja oleh Nur Syifaa’ Adriana? Adakah sesegak dirinya?

Dzil terkejut bukan kepalang melihat kehadiran Syifaa’ ditemani oleh seorang lelaki berwajah kacukan. Dia mengetap bibir.

“Mana Hafiz?” Soal Syifaa’ cemas. Dia mengurut dada. Dzil membulatkan mata.

“Baru sekarang kau sampai? Habislah, Syifaa’. Hafiz dah naik flight. Tak tahu bila kau akan jumpa dia lagi,” Luah Dzil geram. Dia betul-betul bengang apa lagi setelah melihat wajah sombong Ariff Syakir. Langsung tiada riak wajah bersalah.

“Nah, ambik ni. Hafiz bagi,” Dzil berlalu setelah menyampaikan hadiah perkahwinan itu kepada Syifaa’.

Tanpa menghiraukan renungan tajam Ariff, Syifaa’ terus membuka bungkusan hadiah tersebut. Sehelai selendang berwarna ungu lembut berserta sekeping kad, ringkas sahaja tulisannya.

‘Buat sahabat yang paling Hafiz sayangi, tunggu kedatangan Hafiz nanti. Hafiz tak nak kempunan nasi minyak Syifaa,’

Air hangat mula bertakung di kolam matanya. Syifaa’ terhinggut-hinggut menahan tangis. Ariff menarik tangan gadis itu. Langkahnya dipercepatkan. Dia ketap bibir. Entah marah ataupun hiba, dia keliru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience