BAB 8

Romance Completed 20378

“Surprise!” Suara yang menyapanya dari belakang cukup untuk membuatkan Dzil tersenyum lebar. Suara yang begitu dikenalinya.

“Hei, Hafiz! Awalnya kau balik?” Terus saja Dzil melangkah. Menghampiri Hafiz sebelum memeluk sahabatnya seerat mungkin.

“Aku kan Hafiz Farshah, apalah kau ni?” Hafiz tergelak. Dzil senyum lagi. Masih ada persoalan berlegar di kepalanya.

“Aku akan pergi esok. Janji mesti ditepati. Aku nak tengok Syifaa’ dan Ariff bersama,” ujar Hafiz bersungguh-sungguh.

Bagai memahami perkara yang mengasak fikiran Dzil, Hafiz terlebih dulu menjelaskan duduk perkara sebenar. Dzil menepuk bahu Hafiz. Dia lega kerana sahabatnya ini mampu membuat keputusan yang rasional akhirnya.

Tiada permusuhan mengiringi perpisahan mereka. Inilah Hafiz, sahabat yang dikenali sejak dulu. Seorang insan yang penuh dengan keihklasan dan kejutan. Dzil memandang Hafiz yang masih lena di tempat tidurnya.

Pelik! Biasanya Hafiz tak pernah lewat bangun untuk menunaikan solat Subuh. Apatah lagi hari ini merupakan hari yang begitu ingin diraikan oleh Hafiz.

Melihat Nur Syifaa’ Adriana diijab kabulkan dengan Aliff Syakir. Mungkin Hafiz terlalu letih kerana semalaman mereka berjaga, menghabiskan masa dengan berborak kosong juga bergurau senda. Yang Dzil tahu, dia terlebih dulu dibuai mimpi sementara Hafiz masih duduk di meja studi. Entah apa yang sahabatnya lakukan dia tak tahu.

“Aku sayangkan Syifaa’ lebih dari diri aku sendiri Dzil. Aku terlalu cintakan dia. Tak mungkin ada wanita lain mampu menggantikannya. Lepas ni aku akan pergi jauh untuk tenangkan hati,” Dzil kerut dahi. Lain macam je ayat Hafiz?

“Kau jangan bimbanglah Dzil. Aku balik ke Korea semula lepas ni,” Terngiang-ngiang suara Hafiz di pendengarannya.

Bersungguh-sungguh jejaka itu menyatakan betapa hebat rasa cinta terhadap Nur Syifaa’ Adriana serta meluahkan keinginan untuk melanjutkan pengajian di negara empat musim itu.

Dzil cuba mengacah-ngacah Hafiz dengan menghalakan lampu suluh ke muka sahabat karibnya. Biasanya Hafiz terus tersedar bila saja cahaya lampu menyilaukan wajahnya. Mungkin Hafiz tidak mahu mengalah pada kali ini. Dzil tergelak-gelak, namun tiba-tiba jantungnya berdetak laju. Dia mendapatkan Hafiz lalu memegang tangan sahabatnya.

Terlalu dingin. Hafiz juga tidak menyahut bila Dzil berkali-kali memanggilnya. Dzil ketar, dia cuba menahan emosi. Dzil mengangkat tangan Hafiz namun tangan itu terkulai bila dilepaskan.

“Tak! Hafiz! Bangun Hafiz!” Dzil semakin cemas. Dia sukar untuk mempercayai apa yang sedang berlaku kini. Lantas dia melakukan CPR. Dengan harapan Hafiz tersedar semula daripada pengsan.

“Hafiz!!” Laungannya mengejutkan teman-teman yang tinggal di sekitar blok tersebut. Dia mendakap Hafiz semahu-mahunya. Dzil sedar ini bukan masanya untuk bergurau. Dzil teresak-esak di situ juga. Bahunya terhinggut-hinggut. Pilu menghimpit dadanya. Rakan-rakan lain berusaha untuk menenangkannya. Syifaa’ gelisah. Ariff dapat melihat kelainan pada raut wajah isterinya. Kebimbangan jelas terpancar di wajah Syifaa’. Dia cuba untuk menenangkan Syifaa’. Upacara persandingan bakal berlangsung sebentar nanti.

“Syifaa’, jangan lah macam ni. Abang tahu, Hafiz mesti sampai sekejap lagi,” Ariff memujuk lembut. Dia mengelus lembut bahu isterinya. Syifaa’ mengangguk. Walhal dalam hatinya berdegup kencang seperti merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience