BAB 5

Romance Completed 20359

Nak terbuntang biji mata Syifaa’ memandang nombor yang terpapar di skrin telefon bimbitnya. Dia menyelitkan` telefon bimbit ke bawah sofa, namun tetap tak henti-henti berbunyi. Memekakkan telinga je.

“Hello! Awak nak apa ha?“ Soal Syifaa’ kasar. Lelaki ini memang sengaja mematikan moodnya.

“Cik adik, yang awak garang sangat ni kenapa? Awak kan tunang saya. Ada ke perempuan layan tunang macam ni?” Ujar Ariff lembut. Cuba berdiplomasi.

“Masa bila pulak saya disahkan menjadi tunang awak ni? Dalam mimpi pun tak pernah tau,” Balas Syifaa’ bersahaja.

“Apa-apa jelah, Syifaa’. Esok saya nak jumpa awak? Pukul 10 pagi. Mesti datang, tunggu saya depan pagar rumah awak,” Ariff bersuara tegas. Sengaja mahu memancing reaksi Syifaa’.

“Awak tak reti bahasa ke? Saya tak kuasa nak jumpa awaklah!” Bentak Syifaa’. Dia mematikan talian. Sejak kebelakangan ini anginnya ternyata kurang baik.

Lantaklah, sudah beberapa kali Ariff ingin menemuinya. Dia menolak mentah-mentah. Ariff termangu memandang telefon bimbitnya. Kenapalah bakal isterinya ini sering naik angin? Apa agaknya kesilapan yang telah dia lakukan?

Dia tergeleng seketika kemudian tergelak kecil. Hari esok tak mungkin Syifaa’ ada apa-apa alasan lagi. Mak cik dan pak cik tentu akan memberi sokongan terhadapnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience