That,that,I like that... Kedengaran nada dering telefon pintar Hana menandakan ada panggilan masuk.
''Hello,Hana. Hana okey tak duduk Malaysia sorang-sorang? Nanti Harith pergi melawat Hana."kata Harith dengan rasa risau akan satu-satunya adik perempuannya itu.
"Okey je.Harith jangan la risau. Hari ni kan hari lahir Harith. Hana nak bagi hadiah dekat Harith akan tetapi Hana tak boleh balik.''balas Hana.
Ding dong... Kedengaran loceng rumah Hana.
"Kejap ada orang datang." beritahu Hana kepada Harith.
"Okey."balas Harith.
Lima minit kemudian,Hana kembali dengan membawa kotak itu.
"Suprise,Hana.Buka la kotak tu. Jangan risau tu Harith yang bagi."kata Harith.
"Tetapi hari ni kan hari lahir Harith. Sepatutnya Hana yang kena bagi hadiah."balas Hana.
Keesokan harinya,pelbagai perkara buruk yang berlaku kepadanya.Antaranya dia terlewat ke pejabat.
"Saya paling tidak suka orang yang tidak tepat masa."marah ketua kumpulannya.
"Maaf.Saya berjanji tidak akan lewat lagi."kata Hana.
"Saya tidak mahu mendengar sebarang alasan. Saya nak awak keja lebih masa. Selagi kerja awak tak siap,awak jangan balik.
Jam menunjukkan jam 1:15 pagi. Hana ingin pulang ke rumah. Hana tidak tahu bahawa ada sebuah kenderaan hitam yang mengikutinya sejak tadi. Hana merasakan kereta yang dipandunya tidak stabil. Hana memberhentikan keretanya di pinggir jalan. Hana turun daripada keretanya. Tanpa disedari, seorang lelaki datang dari arah belakang dan menekup mulut dan hidungnya dengan kain yang menyebabkannya tidak boleh bernafas lalu pengsan.
BERSAMBUNG
Share this novel