BAB 9 Hujan Di Tengah Hari

Short Story Series 3139

Harapan Harith hancur apabila dia mengetahui bahawa Puan Maisarah sudah mengetahui perkara ini.Dia tahu bahawa Puan Maisarah akan melakukan apa-apa sahaja supaya dapat menjauhkan Hana dan Harith daripada orang yang tidak setaraf dengan kehidupan mereka.

Tujuh tahun yang lalu,Harith jatuh cinta pandang pertama dengan seorang gadis ketika dia menuntut ilmu disebuah universiti di Malaysia. Gadis itu berkulit hitam manis dan ayu. Harith langsung terpegun sewaktu pertama kali melihat gadis itu.Gadis itu bernama Aina Munirah dan lebih dikenali sebagai Aina.

Pada awalnya,Harith takut untuk menegur Aina kerana takut ditolak.Pada waktu orientasi di universiti, Harith diletakkan di dalam satu kumpulan yang sama dengan Aina.Hatinya tidak keruan kerana perasaannya yang gugup. Selama tiga hari orientasi dijalankan.Harith mula berani untuk bercakap dengan Aina.

Selepas tiga bulan,hubungan mereka menjadi semakin rapat.Mereka mula menyimpan perasaan diantara satu sama lain. Pada suatu hari Harith meluahkan perasaan yang terbuku di hati. Aina menerimanya. Kini mereka menjadi pasangan kekasih.

Momen indah ini bertahan lama setelah Puan Maisarah mengetahui perkara ini. Puan Maisarah membayar seorang lelaki untuk mencari tahu tentang latar belakang Aina dan keluarganya. Puan Maisarah pergi ke rumah keluarga Aina yang terletak di Kedah sewaktu cuti semester.

"Assalamualaikum."jerit Puan Maisarah.
"Walaikumsalam.Ya puan,cari siapa?"tanya ibu Aina.
"Saya nak cari Aina Munirah. Dia ada?"tanya Puan Maisarah dengan muka yang cemberut.
"Ada.Sekejap ya saya panggilkan Aina."beritahu ibu Aina,lalu hilang dari padangan.

"Ya makcik cari saya ka?Jemputlah masuk dahulu."pelawa Aina.
"Ya,kau.Kau tak payah nak buat baik dengan anak aku.Bukannya aku tak tahu kau hanya mahukan dia kerana duit."kata Puan Maisarah.
"Ya Allah makcik! Saya tidak pernah berfikir seperti itu.Saya mencintai Harith sepenuh hati saya."balas Aina.Air matanya mula menitis.Hina sungguh dirinya di mata Puan Maisarah.
"Whatever.Aku mahu kau jauhkan diri kau dari anak aku."kata Puan Maisarah dan melangkah pergi.
Air mata Harith mula menitis apabila mengenang kembali perbuatan Puan Maisarah kepada cinta pertamanya itu.

BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience