BAB 7 Tragedi Mungkin Berulang

Short Story Series 3139

Hana mula jatuh cinta akan sikap Arif yang mengambil berat tentangnya dan selalu ada bersamanya sewaktu dia memerlukan seseorang untuk mendengar masalahnya.

Hubungan mereka berdua semakin rapat sehingga dikata pasangan yang sedang hangat bercinta.Hal ini kerana di mana ada Hana maka disitulah ada Arif. Hal ini menimbulkan rasa hairan dan juga risau Harith. Harith risau akan adik perempuannya seorang itu kerana dia tidak mahu Hana terluka lagi seperti dulu.

Tiga tahun yang lalu,Hana mempunyai kekasih hati iaitu Haikal Hafifi yang merupakan salah seorang rakan yang rapat dengan Hana. Hana mencintai Haikal dengan sepenuh hati akan tetapi cintanya disia-siakan serta Hana hana dipergunakan oleh Haikal. Hana bahkan cuba diperkosa oleh Haikal iaitu orang yang dia percaya.

Sewaktu kejadian tersebut berlaku,Hana dapat diselamatkan oleh Harith. Ketika Hana dikurung di sebuah bilik hotel,Hana menjerit sekuat hati. Tiada siapa yang dapat menolong Hana. Harith pada mulanya sudah merasakan sesuatu yang buruk bakal berlaku kepada adiknya. Apabila Harith mendengar jeritan Hana,dia terus menendang pintu sekuat hati bagi menyelamatkan adiknya. Selepas kejadian tersebut, Hana mengambil masa satu tahun lebih untuk pulih daripada trauma yang melibatkan kejadian tersebut. Harith risau perkara tersebut berulang kembali. Dia tidak ingin melihat Hana sedih seperti itu.

BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience