Setelah Hana sembuh seperti sedia kala kembali bekerja. Terdapat seorang lelaki yang baru bekerja di situ. Berkemungkinan dia masuk ketika Hana masih di hospital.Hana tidak menanyakan tentang lelaki itu akan tetapi dia meneruskan kerjanya yang tertunggak sewaktu dia cuti sakit.
Pada waktu rehat tengah hari,Hana menanyakan kepada salah seorang pekerja situ siapakah gerangan jejaka tersebut.
“Kak Reen,siapa pula lelaki yang baru masuk kerja tu?”tanya Hana kepada salah seorang pekerja kebersihan di situ.
“Budak baru tu namanya Arif Iskandar tapi kitaorang panggil dia Arif je.”balas Kak Reen sambil menyapu lantai.
“Dia masuk bila Kak Reen?” tanya Hana ingin tahu. Tidak dapat dinafikan bahawa Arif mempunyai rupa paras yang agak menarik.
“Dia baru masuk dua minggu lepas sewaktu Hana sedang dirawat di hospital.”balas Kak Reen.
“Hana suka dekat dia ke? Kalau Hana suka meh akak tolong beritahu Arif.”kata Kak Reen menyakat Hana. Kak Reen terkenal dengan sikap jenakanya itu.
“Eh tak adalah. Saja tanya.”kata Hana sambil berjalan kembali menuju ke tempat duduknya.
Handsome juga mamat ni kata Hana di dalam hati. Terdetik rasa suka pada Arif.
BERSAMBUNG
Maaf kerana tidak update terdapat sedikit masalah teknikal yang menyebabkan saya tidak dapat menghindarinya. Terima kasih kerana sudah menunggu dengan penuh sabar.
Share this novel