Harith mula melihat Hana ceria kembali seperti sebelum tragedi gelap itu. Semua berkat Arif yang sering menemani dan menjaga Hana. Pada awalnya,Harith tidak mempercayai Arif kerana risau tragedi lama berulang kembali.
Hari demi hari,Harith melihat perubahan yang ditunjukkan oleh Hana.Hana menjadi semakin ceria.Harith tahu bahawa selama ini Hana hanya berpura-pura menjadi seorang yang ceria kerana tidak mahu Harith berasa bersalah dan risau akan dirinya. Selepas kemunculan Arif,Hana menunjukkan perubahan yang baik sedikit demi sedikit. Harith berasa amat bersyukur akan perubahan baik ini.
Harith berharap agar perkara ini berkekalan kerana apabila dia melihat keadaan adiknya seperti itu,dia juga berasa gembira.
BERSAMBUNG
Share this novel