Pada suatu petang terjadi sebuah kejadian yang mengejutkan Arif telah dipukul oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenalinya. Arif diberikan amaran untuk tidak berjumpa dengan Hana.
Hana berasa sungguh sedih kerana Arif semakin jauh darinya.Hana merasakan Arif tidak lagi tertarik kepadanya. Hana sungguh sedih apabila melihat Arif semakin menjauh daripadanya. Arif tidak memberitahu Hana kerana dia tahu Hana bakal risau dan sedih.
Perkara dapat diketahui oleh abangnya,Harith.Harith melihat perubahan besar Hana. Hana menjadi seorang yang murung dan menjadi semakin kurus. Sesungguhnya Harith sangat risau akan keadaan adiknya itu.Harith tahu ini semua angkara siapa.Harith berjumpa dengan Arif bagi menanyakan apa yang telah terjadi.
"Assalammualaikum."panggil Harith dari luar rumah Arif.
"Waalaikumsalam"sahut Arif dari dapur rumah.
"Ya,ada apa yang boleh saya bantu?"tanya Arif.
"Saya nak cakap tentang Hana."kata Harith.
"Jemput masuk."Arif mempelawa Harith untuk masuk ke rumahnya bagi membincangkan tentang permasalahan ini.
"Saya Harith Haizzan,abang kepada Hana Adlyna.Saya ingin berterus terang.Saya memohon maaf bagi pihak mama saya yang telah mengupah sekumpulan lelaki untuk memberi amaran kepada awak. Keluarga saya tidak seperti keluarga yang lain. Mama saya sangat menjaga saya dan Hana. Kami tidak dibenarkan untuk berkawan dengan orang yang tidak setaraf dengan kami. Mama kami sangat mementingkan pangkat serta standard tanpa memikirkan perasaan kami. Mama kami sanggup upah atau buat apa-apa sahaja untuk menjauhkan kami daripada seseorang yang kami suka atau sayang demi pangkat dan nama.Sejujurnya saya suka melihat perubahan yang dialami oleh Hana semenjak bertemu dengan awak.Saya tahu awak tidak sanggup untuk memberitahu perkara ini kepada Hana tetapi saya rasa walau macam mana pun awak perlu beritahu Hana kalau awak tidak memberitahu Hana,dia akan menjadi murung seperti sekarang.Itu sahaja yang saya ingin sampaikan kepada awak."terang Harith Haizzan.
"Baiklah saya akan cuba.Sejujurnya saya juga tidak mahu Hana berasa sedih kerana jauh di lubuk hati saya sangat mencintai Hana.
BERSAMBUNG
Share this novel