"Kau siapa?''jerit Sumayyah. Seorang demi seorang anak buah jatuh akibat berlawan dengan seorang jejaka misteri yang secara tiba-tiba menerjah masuk gudang. Sumayyah menjadi sangat berang akibat seorang demi seorang anak buahnya tumbang menentang jejaka itu. Sumayyah mula merasa takut.Jejaka itu semakin menghampirinya.Sumayyah cuba melarikan diri dengan menggunakan pintu belakang gudang tersebut.
"Tempat ini telah dikepung oleh pihak polis."jerit seorang anggota yang bertugas.Jejaka itu melihat keadaan Hana yang terbaring lemah serta berlumuran darah.Hana melihat wajah jejaka ituu sebelum tidak sedarkan diri.
"Aku dekat mana ni?"kata Hana sambil memegang kepalanya yang masih sakit akibat pukulan Sumayyah.
"Ya Allah,Hana.Inilah sebabnya kenapa Harith tak suka Hana tinggal bersendirian dan balik lewat. Bahaya tahu tak?"kata Harith dengan wajah yang risau.
"Tadi ada seorang lelaki yang menolong Hana,dia mana?"tanya Hana sambil mencari lelaki itu disekeliling.
"Ya Allah budak bertuah ni.Kita risau dekat dia yang dia boleh pula cari orang lain.
BERSAMBUNG
Share this novel