"Siapa kamu semua?Apa salah aku dekat kau?"jerit Hana.
Kain hitam yang menutupi matanya dibuka.Terlihat sosok yang dia sangat kenali iaitu sahabat karibnya sendiri.Hana tidak mampu berkata-kata.Sungguh tidak dia sangka,sahabat yang selalu ada untuknya di kala susah dan senang berbuat sedemikian kepadanya.Sumayyah berjalan mendekatinya.Sumayyah mengambil sebilah pisau lalu meletakkan pisau tersebut di muka Hana.Hana menjerit ketakutan. Hana menangis kerana hatinya remuk akibat semua kebahagian selama ini dengan Sumayyah hanyalah berpura-pura.Hana mengingati setiap detik bahagia itu.
Satu persahabatan yang indah ternyata tidak ikhlas.Segala kegembiraan itu hanyalah sementara.Semua kenangan manis itu berubah menjadi kenangan hitam yang tidak dapat dilupakan.Sebuah persahabatan yang gembira berakhir kerana dendam dan juga rasa iri dengki.
"Aku tak suka dekat kau sejak pertama kali aku bertemu dengan kau,Hana.Aku hanya berpura-pura agar aku dapat gunakan kau."kata Sumayyah sambil mula menoreh muka Hana.Darah Hana mengalir deras.Hana merasakan sakit yang teramat sakit.Sakitnya bukan kerana luka di mukanya akan tetapi di hatinya disebabkan kepercayaan dia dihancurkan dengan sekelip mata.Hanya dengan sepotong ayat boleh menghancurkan kepercayaan di hati.
Kedengaran bunyi pintu ditendang dengan kuat.Sumayyah menoleh ke arah pintu.
BERSAMBUNG
Share this novel