BAB 1 Permulaan segalanya

Short Story Series 3139

Pada suatu petang yang damai di sebuah banglo di Korea. Terdengar suara loceng pintu berbunyi.
" Paket ke atas nama Cik Hana Adlyna."kata pekerja penghantaran itu."Ya,saya."jawab Hana dengan girang.
"Terima kasih."ucap Hana sambil bernyanyi dengan gembira.

Tanpa disedari abangnya sudah muncul di belakangnya dan mengambil barangnya.
"Ma,tengok Hana ni.Dia beli barang dalam talian lagi."jerit Harith Haizzan menyakat adiknya itu.
"Jangan la nanti mama marah."rayu Hana.
"Padan la tu.Siapa yang suruh beli lagi."balas Harith sambil berlari-lari ke ibu mereka.

"Hana,beli apa lagi ni? Berapa kali mama sudah bagitahu bahawasanya Hana perlu berjimat cermat."marah Puan Maisarah.
"Tapi..."belum sempat untuk berkata-kata Puan Maisarah telah memotong kata anak perempuannya itu.
"Mama tahu datuk kamu ada beri wang kepada kamu akan tetapi kamu perlu berjimat dan gunakan wang yang diberi dengan baik. Kamu ni tidak pernah hidup susah sebab tu perangai kamu jadi macam ni.Minggu depan kamu akan pulang ke Malaysia."tegas Puan Maisarah.
"Untuk apa? Hana tidak mahu pulang ke Malaysia."balas Hana.
"Mama nak kamu belajar berdikari. Serahkan 'black card' mama. Sekarang pergi masuk bilik."suruh Puan Maisarah.

Hana berlari menaiki tangga dengan perasaan yang hancur.Hana mengunci diri selama seminggu.

"Sorry la Hana.Harith tak tahu pula mama akan berbuat begitu."kata Harith dengan rasa bersalah.
Hana masih mendiamkan dirinya.
"Nah,coklat.Jaga diri tau dekat sana."kata Harith dan menyerahkan Hana sebakul gubahan coklat.
"Terima kasih.Selamat tinggal."kata Hana lalu mereka berpelukan.

BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience