BAB 5

Romance Completed 2027

Pokok mangga tua di tebing sungai itu sudah tiada. Telah lama di tebang. Di situ, sebuah jambatan konkrik telah dibina untuk kemudahan orang-orang kampung berulang-alik ke bandar berdekatan. Malah untuk ke pekan berhampiran juga sudah jadi begitu dekat, hanya sepuluh minit sahaja sudah sampai. Kalau dulu mahu ke bandar mengikut jalan darat sahaja memakan masa satu jam. Kalau menggunakan sampan penambang sekali pun memerlukan tiga puluh minit untuk sampai ke seberang.

“Derma, ada jejaka misteri bagi kau bunga ni. Bunga loceng kuning. Ambillah, dan dia kata I Love you! Hahahaha!!“ Ujar Yati dengan senyum tersipu-sipu. Dia menghulur seikat bunga loceng kuning yang dibalut dengan riben merah.

“Siapa?” Derma tertanya-tanya.

“Adalah!” Ada senyuman di wajah Yati bagai menyembunyikan sesuatu yang lucu. Yati, kawan baik Derma sejak kecil. Kawan yang sama-sama bermain pondok-pondok. Kecil molek sahaja orangnya. Berkulit kuning langsat. Seorang yang periang. Turut berkongsi suka duka hidup Derma.

Lucu juga bila Yati ingatkan bagaimana pemuda itu menyuruhnya menyerahkan seikat bunga loceng kuning itu kepada Derma. Bunga loceng itu, diambil dari pohon bunga loceng yang tumbuh meliar di tepi jalan masuk ke kampung. Kata pemuda itu lagi, susah nak jumpa Derma sekarang. Memang kebelakangan ini, sejak berkerja di Kuala Lumpur, Derma sudah jarang pulang ke kampung. Kalau dulu sebulan sekali, kini empat bulan sekali pun susah. Maklumlah sejak menjawat jawatan sebagai pengurus sebuah syarikat di Kuala Lumpur, Derma sememang sentiasa sibuk dengan kerjanya.

“Abang Hayqal ! Hahahaha!” Yati ketawa besar semacam ada sesuatu yang mengelikan sebaik menyebut nama Abang Hayqal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience