BAB 8

Romance Completed 2027

“Sebab aku jugalah dia jadi begitu!" tambah Derma. Dalam hati, dia berkata, kalau Abang Hayqal sanggup berkorban hidupnya, kenapa aku tidak boleh berkorban untuk Abang Hayqal ? Lagi pun Abang Hayqal bukan gila, bukan terencat akal. Dia cuma agak lurus sahaja dan cara berfikirnya sahaja yang agak lemah.

Dia merenung jauh ke langit malam. Melihat bulan dan bDerma g yang saling berkasihan, bermesra dan bergandingan terpamir dalam satu susunan bentuk buruj sang kambing biri-biri betina. Indahnya malam anugerah tuhan. Betapa kerdilnya dia berbanding luasnya alam semesta. Sesekali terasa hembusan angin menerjah dari tingkap yang dibiarkan sedikit menghembus lembut ke wajahnya. Malam turut berhias dengan suara riang sang cengkerik yang bersahutan menyanyikan lagu-lagu yang tidak difahaminya. Alam sekeliling tenang. Namun ketenangan itu tidak singgah di hatinya.

Wajah Hadi muncul di benaknya. Kehadiran lelaki ini dalam hidupnya membuat dia serba salah. Membandingkan antara Hadi dengan Abang Hayqal tentulah tidak wajar sama sekali. Hadi seorang jurutera, anak kelahiran Kuala Lumpur. Anak seorang Datuk yang mempunyai rangkaian perniagaan yang besar di seluruh Negara. Orangnya kacak dan bergaya. Budi bahasanya pun baik tidak seperti anak-anak orang kaya yang lain. Sedangkan Abang Hayqal hanyalah pemuda kampung yang kerja sehariannya hanyalah menjaga kebun kelapa sawit, ternakan lembu dan kambing ayahnya. Satu perbandingan yang tidak adil.

Dia tidak tahu kenapa Hadi begitu mengingininya. Sedangkan ramai gadis cantik-cantik yang tergila-gilakannya, tapi Hadi masih juga memilih dia seorang gadis kampung. Malah Hadi telah berberapa kali menyatakan hasratnya untuk melamar Derma sebagai isterinya. Cuma Derma sahaja yang meminta diberikan masa untuk berfikir.

Pening kepalanya memikirkan hal itu. Antara cinta, janji, kasihan dan amanat arwah kedua-dua ibu bapanya, dia tersepit di tengah-tengah. Dia ingin sahaja lari dari masalah ini tapi sampai bila. Di Kuala Lumpur, Hadi menantinya, di kampung pula Abang Hayqal setia menunggunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience