BAB 2

Romance Completed 2027

Hayqal memandang dengan mata kasihan ke muka Derma. Wajah Derma yang putih itu kemerah-merahan terkena pancaran matahari. Rambutnya panjang mencecah bahu diikat dengan seutas getah pengikat. Matanya dialih pula ke perut Derma. Dilihat perut Derma begitu besar sekali. Hayqal tersenyum menampak giginya yang jarang di bahagian hadapan. Perut Derma memboyot, jauh lebih besar dari bola getah sebesar kepala lelaki dewasa yang sering digunakan untuk bermain bersama Kassim, Said, Halim dan Wahab.

“Besarnya perut kau. Dah macam gajah betina bunting je!!. Hahahaha!! Tak akan aku baru kahwin dengan kau tadi, sekarang kau dah mengandung sampai macam orang nak beranak. Teruklah kau ni!! Apa dalam baju kau tu?” Gelak Hayqal dengan mulut sedikit terbuka sambil tangannya menepuk-nepuk perut Derma yang memboyot itu.

Derma memuncungkan mulutnya, kecewa dengan sikap acuh tak acuh Hayqal. Digosok perutnya berulang-ulang dengan tangan kanannya, manakala tangan kirinya diletakan di pinggang sebelah belakang. Sambil itu dia berulang mundar-mandir di bawah pokok mangga itu.

“Bantal busuk Derma lah! Ala Abang Hayqal, inikan main pondok-pondok je. Kaukan laki Derma. Kau kenalah buat apa yang Derma minta! Tak syoklah main kahwin-kahwin kalau macam ni.” Bungkam Derma

Hayqal serba salah. Dia memang sukakan Derma. Kalau boleh apa yang Derma inginkan, semua ingin diturutkan. Derma lah yang mengajak Hayqal bermain pondok-pondok. Derma jugalah yang menyuruh Hayqal membina pondok-pondok dari pelepah-pelepah kelapa kering. Walaupun Hayqal serba salah menerima ajakkannya, tapi bila Derma mendesak, Hayqal akur juga. Hayqal tahu lepas ini kawan-kawannya pasti akan mentertawakan dirinya kerana bermain pondok-pondok bersama budak-budak perempuan. Tentu gelihati mereka melihat Hayqal bermain pondok-pondok dengan Derma, Yati, Watie, Amalina dan Nana.

Hayqal sememang tahu sangat perangai Derma, rakan sepermainan dia yang paling rapat sejak kecil lagi. Antara dia dan Derma, hanya dua tahun sahaja membezakan usia. Malah dia dan Derma berjiran, hanya sebelah rumah saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience