BAB 6

Romance Completed 2027

“Tak ada jejaka lain ke kampung ni. Asyik abang Hayqal je.!” Kata Derma sambil menerima seikat bunga loceng kuning itu. Bunga itu diciumnya.

Derma tersenyum. Lesung pipit dipipinya kemerah-merahan, menyerlahkan keayuan wajahnya. Derma bukan lagi gadis kampung yang comot seperti dulu. Gaya kehidupan di Kuala Lumpur menjadikan penampilan dia agak berbeza dengan gadis kampung yang lain.

Derma terbayangkan wajah Abang Hayqal, rakan sepermainan sejak kecil lagi. selain Yati. Abang Hayqal lah rakannya yang sentiasa bersamanya. Malah sebahagian hidupnya dari kecil hinga memasuki sekolah menengah adalah bersama Abang Hayqal. Walaupun selepas itu dia melanjutkan pelajaran hingga ke universiti, Abang Hayqal yang gagal dalam SPM, masih tetap menjadi kawannya yang paling setia. Setiap kali pulang bercuti semester, Abang Hayqal dengan motosikal buruk ayahnya, pasti akan tercongok menanti di stesyen bas pekan. Sehinggalah dia berkerja di Kuala Lumpur pun, hubungannya dengan Abang Hayqal tidak pernah putus walau pun sudah agak jarang berjumpa. Derma tetap juga tidak pernah lupa membelikan buah tangan untuk Abang Hayqal setiap kali pulang ke kampung.

Dia sebenarnya masih keliru dengan perasaannya terhadap Abang Hayqal. Cinta? Kasihan? Kawan? Abang angkat? Jiran? Entahlah! Dia sendiri ragu-ragu dengan perasaannya kepada Abang Hayqal, tapi dia memang sukakan abang Hayqal.

Sayangnya Abang Hayqal bukanlah seperti pemuda kampung yang lain. Dia kini hanya seorang pemuda naïf yang sering dijadikan mainan oleh orang kampung kerana sikap lurus bendul dan bodoh-bodoh alangnya. Penampilan Abang Hayqal pada matanya sederhana sahaja, kadang-kadang selekeh juga. Kekadang terasa malu juga berjalan bersama Abang Hayqal. Pernah Abang Hayqal datang menemuinya di Kuala Lumpur dengan hanya berbaju T-shirt lama, seluar jean koyak dan berselipar sahaja.

Dia tak mampu nak salahkan Abang Hayqal. Semuanya berlaku kerana dirinya juga. Semua orang kampung tahu, apa yang berlaku pada Hayqal adalah kerana dia. Peristiwa Hayqal jatuh dari pokok mangga tua di tebing sungai hujung kampung 17 tahun dulu, telah merubah hidup Hayqal menjadi seperti hari ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience