BAB 10

Romance Completed 2027

Bau masakan nasi minyak dan lauk-pauknya begitu menyelerakan. Haruman masakan yang membuat perut kenyang kembali lapar. Kanak-kanak riang bermain-main. Ada yang berkejaran ke sana ke mari. Anak-anak muda yang lain pula sibuk berkaraoke, menyanyikan lagu kegemaran masa kini. Sesekali dicelah juga oleh golongan yang agar berumur, apa lagi selain dari lagu-lagu enam puluhan. Nampaknya lagu dendangan S Jibeng,” Inai di jari” dan L Ramlee, Ayahku kahwin lagi” menjadi pilihan utama.

Tetamu yang datang tak pernah surut, malah silih berganti. Semuanya yang datang berpakaian indah. Tetamu lelaki, ada yang berbaju batik, ada yang berbaju melayu. Yang wanita berbaju kurung dan kebaya. Padang di hadapan rumah pengantin sesak dengan kenderaan tetamu. Tiga khemah makan yang boleh menampung 100 jemputan serentak tidak mencukupi, hingga ada yang terpaksa berdiri menunggu giliran. Masing-masing sabar, tiada yang merungut. Majlis walimatulurus ini bagaikan pesta keramaian bagi seluruh penduduk kampung.

Dari kejauhan kedengaran bunyi kompang dipalu, petanda pengantin lelaki telah tiba. Mak Andam segera membawa pengantin perempuan turun dari rumah hingga ke hujung laman. Ketibaan pengantin lelaki disambut dengan balingan bunga rampai. Sesaat mempelai bertentangan mata, bunga manggar yang mengiringi pengantin lelaki menjadi rebutan kanak-kanak baik lelaki mahupun yang perempuan, berebut bertarik-tarik menambah keriuhan suasana.

Derma tersenyum gembira sepanjang majlis berlangsung. Hari ini adalah paling bahagia dan istimewa bagi dirinya. Hari ini adalah kemuncak kepada impian paling tinggi dalam hidup setiap gadis, bersanding di pelaminan bersama lelaki yang dicintai. Hari ini lelaki yang Derma cintai telah menjadi suaminya yang sah. Terlerai sudah segala keresahan yang ditanggung selama ini.

Dengan berpakaian songket hijau sedondong, pasangan ini berarak perlahan bergandingan tangan menuju ke pelamin. Bunga rampai ditabur. Bunyi kompang menyanyikan lagu “Pengantin Tiba” bergema mengiring sepasang mempelai.

Air sungai itu mengalir deras, menghempas batu-batu sungai yang bertaburan di situ. Hempasan itu menghasilkan arus yang deras, malah bunyi deruannya juga memecahkan keheningan petang. Hujan lebat pagi tadi menjadikan air sungai yang selalunya jernih itu keruh sekeruhnya. Segala ranting Pokok patah, sampah-sampah turut terhanyut sama laju menuju ke muara sungai. Berbeza sekali aliran sungai hari ini berbanding dengan hari sebelumnya jernih dan tenang.

Di tebing sungai ini, dahulu dia pernah bermain pondok-pondok. Di sini jugalah dahulu tertegak sepohon pokok mangga tua yang menjadi saksi sejarah dukanya. Kini pokok mangga tua itu telah tiada. Seperti juga cDerma ya yang telah tiada. Di sinilah dia selalu berada bila rindu itu datang menyapa.

Hayqal terus melayan perasaannya keseorangan. Di sinilah, di tebing sungai ini yang airnya mengalir deras, di bawah sepohon pokok mangga tua, suatu waktu dahulu pernah terbina sebuah janji, sebuah cinta dan sebuah pondok-pondok dari pelepah-pelepah kelapa kering.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience