BAB 7

Romance Completed 2027

Hampir enam bulan Hayqal koma akibat kecederaan di kepala. Setelah Hayqal sedar dari koma, Hayqal tidak lagi seperti Hayqal yang dikenali oleh orang kampung. Segalanya berubah, Hayqal menjadi seperti seorang yang bodoh-bodoh alang. Taraf daya fikir Abang Hayqal agak rendah. Semuanya itu berlaku kerana mengikut kehendak dia yang ingin memakan buah mangga pokok tua itu.

Malah kerana itu jugalah ibu dan ayah Derma telah berjanji kepada Ibu dan ayah Hayqal yang bila dewasa nanti, Derma akan dikahwinkan dengan Hayqal untuk menebus dosa-dosa Derma yang telah menyebabkan Hayqal menjadi sebegitu.

“Aku dengar, abang kau nak jodohkan kau dengan Abang Hayqal. Betul ke?” Tanya Yati memohon pengesahan Derma.

Derma tahu, Yati cuma mahu kepastian samada berita-berita yang didengar kebelakangan ini benar. Derma tahu, Yati kasihan dan simpati kepadanya. Gadis secantik Derma akan dinikahkan dengan seorang pemuda kampung yang bodoh-bodoh alang.

“Benar.” Jawab Derma ringkas sahaja.

“Derma, kau dah fikir panjang. Kau masih ada masa untuk berterus terang dengan keluarga Abang Hayqal. Ramai lagi lelaki yang lebih sempurna di luar sana yang boleh kau ambil sebagai teman hidup kau!” Ujar Yati memDerma ya memikirkan semula keputusannya.

Derma diam. Memang kalau difikirkan sedalamnya memang susah untuk dia menerima Abang Hayqal dalam keadaan begitu sebagai teman hidupnya. Bukan tiada lelaki yang menyatakan minat kepadanya, tapi semuanya ditolak. Derma masih lagi rasa bersalah setiap kali teringat Abang Hayqal.

Amanat ibu dan ayahnya masih tetap dipegang walaupun keduanya telah kembali ke ramatullah. Abang Derma juga pernah berkata kepadanya, sebagai orang islam kita harus menunaikan janji.

“Abang Hayqal baik. Dia tak pernah sakitkan hati aku,Yati. Sejak dari kecil lagi, apa sahaja kemahuan aku pasti dia akan cuba memenuhi. Di universiti dulu pun, tanpa pengetahuan ibu dan ayah aku, Abang Hayqal banyak membantu dari segi kewangan. Tak ada siapa pun yang tahu. Nak harap duit pinjaman PTPTN tu berapalah sangat. Ibu dan ayah bukan mampu sangat. Adik-adik aku yang lain pun perlu juga dibiayai persekolahan mereka. Aku tak tergamak lukakan hati Abang Hayqal ” Jelas Derma, tergambar kesedihan di wajahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience