BAB 2

Thriller Completed 1007

Silap haribulan kalau tersalah langkah dia boleh ditangkap oleh polis kerana telah melanggar undang-undang namun jiwa mudanya meronta-ronta untuk mencuba permainan ekstrim yang digembar-gemburkan oleh sahabatnya.

Tanpa berfikir panjang dan menyedari bahawa ia hanya sekadar permainan di alam maya dia terus menekan pautan tersebut sambil mengikut setiap langkah-langkah yang telah diberikan oleh Mawi.

Cuaca hujan lebat di luar sana, guruh dan kilat saling bersahutan berdentam-dentum namun di dalam rumah Alias menanti penuh sabar untuk melangkah ke dalam web tersebut yang dikatakan mengambil sedikit waktu untuk diproses.

Sambil menanti permainan itu ‘loading’ dia merenung ke luar tingkap sambil melihat langit yang semakin gelap di luar sana. Dia kalih pandangan pada jam di dinding, jam menunjukkan pukul 2.30 petang tapi suasana di luar bagai sudah waktu Maghrib.

Dek kerana cuaca yang nyaman dan tiupan angin kuat yang meniup matanya, Alias terlelap meninggalkan komputernya yang masih memproses untuk masuk ke laman web permainan ekstrim tadi.

Bila terjaga, matanya tertumpu pada perkataan

WELCOME TO OUR WORLD; THE PANIC ROOM WHERE THIS SHIT WILL FREAK YOU OUT!

Alias tersenyum kambing sambil membaca kata-kata aluan dari laman web tersebut yang mengalu-alukan kedatangannya beserta ayat yang seakan mencabar kejantanan dan semangat pendekar yang ada dalam dirinya he he he. Bagai tak sabar pula dia untuk mencuba permainan baru ini. Semakin teruja dia jadinya.

Dia kemudiannya terus membaca beberapa nota pemberitahuan yang tersedia oleh pemilik web khusus untuk para pengunjung baru.

Daripada nota tersebut ada menyatakan bahawa laman web tersebut adalah sebuah organisasi persendirian yang menjalankan beberapa kajian terhadap sesuatu subjek yang dijalankan secara siaran langsung di mana para pengunjung laman web yang berminat untuk turut serta perlu membayar sejumlah wang sebelum dapat meneruskan ujikaji terhadap subjek dengan memberikan arahan seperti yang kita inginkan melalui kotak chat yang tersedia pada sudut bawah sebelah kanan laman web itu.

Wow! Canggih!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience