Dia semakin taksub dengan permainan tersebut sehingga sempat berlari ke dapur sebentar mengambil sedikit jajan untuk mengisi perutnya sambil melihat subjek diseksa. Lagaknya seperti sedang menonton sebuah filem komedi sambil memakan popcorn di panggung wayang dengan kedua-dua belah kakinya diletakkan bersilang di atas meja. Cukup santai sekali.
Dilihat subjek ketika itu sedang menyuapkan sekeping roti ke dalam mulutnya dengan menggunakan kaki. Apabila subjek gagal berbuat demikian, dia akan ditembak dengan Taser gun.
Keadaan itu telah memaksa subjek untuk melalukannya sehingga berjaya walaupun sukar kerana dia tidak sanggup membiarkan dirinya dari terus-terusan ditembak. Arahan demi arahan terpaksa dipatuhi oleh si subjek dengan terpaksa.
Sehinggalah keluar satu mesej yang telah menghentikan sedikit kerancakkan mereka di chat box.
“Tikam subjek dengan pisau di bahagian pehanya...”
Alias bingkas menurunkan kedua-dua belah kakinya ke bawah sambil beberapa kali membetulkan kaca mata tebalnya. Betul ke apa yang telah dibacanya itu? Dia bertambah terkejut apabila melihat ramai para pengunjung yang telah menyetujui arahan tersebut.
Matanya kemudian terus tertumpu pada si ketua bertopeng yang sedang mengorak langkah meninggalkan subjek yang sedang keletihan itu berseorangan di dalam bilik.
Tidak lama kemudian, ketua bertopeng muncul dengan membawa sebilah pisau! Dia terus menerpa ke arah subjek lalu menikam tepat ke bahagian peha kanan subjek sehingga darah terpercik-percik keluar. Subjek yang tadinya terpinga-pinga kelihatan sedang meraung kesakitan sambil menghayun-hayunkan kepalanya menahan sakit.
Alias terlopong dengan matanya terbeliak seakan tidak percaya dengan apa yang baru sahaja dilihatnya itu. Tidak semena-mena jantungnya berdegup dengan sangat kencang.
“Toreh bahagian luka tikaman sehingga ke bahagian lutut…”
Share this novel