BAB 8

Thriller Completed 1007

Perasaan takutnya bertambah apabila memikirkan yang mereka sudah dapat mengesan tempat tinggalnya dan tidak mustahil dirinya akan dijejaki. Tidak senang duduk dia di atas katil itu ditambah pula dengan cuaca yang sangat dingin malam itu kesan daripada hujan yang lebat petang tadi.

“Srettt!”

Tiba-tiba kedengaran bunyi pintu seakan dibuka. Alias mula cuak. Seingatnya dia sudah mengunci semua pintu rumahnya siap dengan mangga sekali sebelum dia masuk tidur tadi. Siapa pulak yang telah membuka pintu rumahnya?

Alias bingkas mencapai penukul yang telah siap tersedia di atas meja sebagai senjata sekiranya berlaku sebarang malapetaka yang tidak diduga. Dengan perasaan yang sangat cuak dia terus mengatur langkah ke luar bilik dengan perlahan-lahan sambil matanya melilau memandang sebarang kelibat di dalam rumahnya itu.

Keadaan di luar itu yang gelap-gelita dan hanya bertemankan sedikit cahaya daripada bulan melalui tingkap rumah telah mengehadkan penglihatannya. Tanpa dia sedar kakinya telah membawa dirinya ke ruang tamu dan dia terperanjat apabila melihat pintu rumah terkunci dengan rapat sekali! Ah!

Bunyi apa yang aku dengar tadi? Adakah mainan perasaan aku sekali lagi? Ceh!

“Krekk!”

Tiba-tiba telinganya sekali lagi dapat menangkap bunyi pintu dibuka namun kali ini bunyi itu datangnya dari bilik tidurnya! Alias bingkas menyorok di sebalik dinding pemisah antara ruang tamu dan ruangan bilik untuk melihat.

Dengan jantungnya yang berdegup kencang, dia perlahan-lahan menjengukkan sedikit kepalanya bagi memantau keadaan bilik.

Alangkah terkejutnya dia apabila terlihat satu susuk tubuh lelaki bertopeng sedang berdiri tercegat di hadapan pintu masuk biliknya sambil memegang sebilah pisau!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience