BAB 1

Thriller Completed 1007

“Jika kau mahu merasai permainan dalam talian penuh kembara dan cabaran, klik pautan ini dan rasailah pengalamannya..”

X PANIC ROOM ASSASINS

Matanya merenung mesej Fac yang diterima daripada kawan baiknya, Mawi. Sebelum itu, Alias ada menghantar personal message (PM) kepada kawannya itu menyatakan dia sudah jemu dengan permainan dalam talian yang sudah dimain berulang kali dan dia sudah menamatkan semua cabaran dalam permainan itu, sudah tiba masanya dia mencuba permainan baru yang lebih mencabar dan menyeronokkan.

Puas ditatapnya mesej itu namun Alias seakan-akan teragak untuk menekan pada pautan itu kerana menurut Mawi, ianya merupakan pautan yang pasti membawanya dirinya tenggelam ke dasar lautan laman sesawang yang paling dalam dan merbahaya untuk orang sepertinya.

Malah prosedur untuk mencuba game itu juga ada sedikit ‘helah’ yang agak sulit.

Alias tidak boleh sekadar salin dan menyalinnya pada enjin carian Google atau Yahoo seperti kebiasaan yang dilakukannya sebaliknya dia perlu menggunakan satu medium enjin carian khas yang bernama Room.

“Alias, aku berani bersumpah dna potonh jari aku, kau gerenti akan rasai pengalaman yang paling menyeronokkan dalam hidup kau sebab laman web ni bukan macam laman web permainan dalam talian biasa. Ada banyak lagi input-input web yang tak pernah kita jumpai di web biasa tetapi ada di dalam web ni. Selamat datang ke dunia baru dan asing, bro! Kalau kau anak jantan kau kena cuba ni, itupun kalau kau ada beranilah bro, tak berani, potong saja ‘anu’ tu.”

Pesanan terakhir daripada Mawi itu sedikit sebanyak telah mencabar semangat anak jantannya namun dalam pada masa ada gentar dan gerun dalam hatinya untuk melayari laman web yang dikatakan merbahaya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience