BAB 3

Thriller Completed 1007

Alias terpaku dengan laman web tersebut. Dia benar-bena teruja dengan peraturan permainan tersebut kerana sepanjang hidupnya atau sepanjang dia bergelar gamers tegar, belum pernah lagi dia menyaksikan sebuah permainan yang bersifat ujikaji secara langsung dan dia menjadi salah seorang peserta.

Dengan perasaan yang teruja dia terus memindahkan sejumlah amaun daripada akaun PayPal seperti yang telah diarahkan tanpa sebarang rasa ragu-ragu. Dia sangat yakin yang permainan kali ini pasti berbaloi walaupun dengan bayaran penyertaan yang agak mahal.

Usai wang berjaya dipindahkan dari akaun, Alias telah dibawa ke satu laman baru di mana terdapat skrin kamera yang memaparkan secara langsung satu kelibat manusia yang sedang diikat pada kerusi sambil kepalanya ditutup dengan kain guni dikurung dalam sebuah bilik kecil.

Dapat dilihat ketika itu subjek hanya ditemani dengan sebuah lampu neon yang tergantung di atas kepalanya serta sebuah komputer riba yang terletak di sebuah meja panjang, tidak jauh dari kedudukannya duduk. Pada sebelah kanan layar kamera terdapat satu kotak chat di mana para pengunjung dapat berinteraksi dengan admin laman yang merupakan penggendali ujikaji tersebut.

Beberapa minit kemudian muncul kelibat seorang manusia yang tidak dapat disahkan jantinanya muncul bertopeng dan berjalan ke arah komputer riba tadi cuba menaip sesuatu.

“Hello, semua! Hari ini saya akan menjalankan satu ujikaji kepada subjek baru saya. Anda bebas memberikan arahan melalui chat box di tepi. Arahan yang paling banyak diminta akan saya tunaikan dengan segera. Ayuh kita mulakan ujikaji, jangan biarkan wang anda terbuang begitu sahaja.”

Alias seakan terdiam seketika. Dia mengambil sedikit masa untuk menghadam teks tersebut yang baginya agak kurang jelas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience