Sedang dia berfikir tiba-tiba keluar satu mesej baru dari salah seorang pengunjung yang menginginkan subjek supaya dipusing-pusingkan badannya sehingga pening lalu berlari mengelilingi bilik. Arahannya telah disokong oleh lebih kurang 10 orang pengunjung lain.
Tanpa menunggu panjang, ketua bertopeng terus berjalan ke arah subjek lalu membisikkan arahan tersebut. Subjek pada mulanya hanya diam, tidak mengendahkan langsung arahannya namun selepas diletakkan Taser gun ke badannya sehingga dia menggelupar, subjek terus akur.
Setelah dipusing-pusingkan badannya sebanyak 20 pusingan, dia terus membuka langkah untuk berlari. Langkahnya yang terhuyung hayang seperti orang mabuk minum todi dan beberapa kali terjatuh tersembam ke atas lantai telah berjaya mencuit hati Alias. Ketawa besar dia melihat gelagat subjek yang baginya sangat lucu.
Chat box menjadi semakin meriah dengan arahan bertalu-talu daripada 20 orang pengunjung web. Masing-masing memberikan arahan yang seakan sengaja mahu membuli subjek untuk dijadikan bahan hiburan mereka.
Alias yang pada mulanya hanya menjadi pemerhati akhirnya terjebak sekali dengan memberikan arahan supaya subjek digeletekkan telapak kakinya selama yang mungkin.
Arahannya itu yang telah disokong ramai terus ditunaikan oleh ketua bertopeng dengan pantas sekali. Subjek kelihatan sedang tertawa sambil menolak kerusinya ke depan dan ke belakang akibat menahan geli yang teramat sangat sehingga akhirnya dia terjatuh ke belakang.
Kakinya meronta-ronta sehingga beberapa kali tersepak muka ketua bertopeng yang gagal untuk mengelak. Makin galak Alias mentertawakan mereka sehingga berair-air matanya.
Begitu juga dengan para pengunjung lain yang turut saling berkongsi perasaan geli hati mereka di chat box. Mereka sangat terhibur dengan arahan yang telah diberikan oleh Alias itu. Sedikit sebanyak Alias berasa bangga dengan cadangannya.
Share this novel