Aku keluar daripada kedai tersebut.Dengan sebuah kotak yang berisi kek
cawan kesukaan aku membuat aku tersenyum girang.Dalam berjalan-jalan
menuju ke tempat kereta,aku merempuh seseorang dengan ketidak sengajaan
kotak kek cawan itu terlepas dari genggaman aku.Yang aku pasti kek cawan
itu sudah rosak!
“Tak ada mata ke..Asyik-asyik aku saja kena rempuh!”Dalam aku
bercakap,aku langsung tidak melihat wajah yang merempuhku.Aku mencapai
kotak tersebut dan mahu melihat keadaan kek cawan aku.Ternyata memang rosak.
“Amboi..yang kita dekat sini bagaimana pulak!?”lelaki itu bersuara.
Aku segera beralih ke belakang dan ternyata aku sendiri yang terkejut
bukan dia.Dia hanya tersenyum sinis.Akmal?
Aku lihat dia dari hujung rambut hingga hujung kaki.Gayanya harini lebih
baik dari petang kelmarin.
“Laksa aku macam mana?”Shadie bertanya lagi.Aku mencari-cari di mana
laksanya tertumpah namun aku tak jumpa.
“Wei mana ada laksa!Kau tipu ke?”
“Tu..”mulutnya di muncungkan sedikit ke bawah,di tempat di mana aku
berdiri.Ternyata aku memijak laksa yang sudah pecah plastiknya.Aku
kemudian lompatkan diri jauh dari laksa tersebut dan kembali memandang
Akmal. ‘Habis kotor kasut mahal aku!!Benci.’
“Laksa tu murah sahaja pun!!Bukannya mahal macam kek cawan aku ni!!”
“Hoii..Kau ingat laksa tu laksa sebarangan ke?Laksa tu paling tersedap
dalam dunia tau!!”
“Kau beli laksa tu kan?!”Shadie mengangguk.
“So kau pergi beli sekali lagi sajalah..Tak susah pun kan..”
“Kau gila ke apa!Gerai tu..dah..dah tutup!!!”
“Ada aku kisah.Tutup ke tak?Tata!!”Aku cepat-cepat membolos diri di
dalam kereta.Takut-takut mamat ni nak jadi Hulk pulak!Memang nayalah.
“Woii!!Bayar baliklah!!”Shadie terjerit-jerit memanggil aku tapi aku
hanya buat tak tahu. ‘Maaf!’itulah yang aku mampu ungkapkan..Lalu aku
berlalu pergi meninggalkan dia.
Share this novel