Aku melipat kain telekung aku setelah selesai menunaikan solat dan
berdoa.Terasa tenang setelah menunaikan solat.Tiba-tiba hensetku
berbunyi nyaring.Aku mencapainya dari dalam handbag.Terpapar nama Pak
Cik Khairul iaitu pemandu kereta papa.Aku cepat-cepat pergi ke suatu
sudut kerana tidak mahu menganggu orang sedang bersolat.Setelah selesai
menjawab telefon aku segera melipat kain telekung tetapi aku tiba-tiba
pula di tegur.
“Dik..Boleh mak cik pinjam kain telekung adik?”tanya mak cik itu
lembut.Aku hanya mengangguk walaupun terasa berat hati ini kerana Pak
Cik Khairul sudah menunggu.
“Terima kasih”
“Sama-sama.Err..Mak cik saya tunggu dekat luarlah ya?”
“Oh.Ya!Maaf ya mak cik menyusahkan nak!”
Aku hanya mengeleng sebagai balasan.Mak cik itu tersenyum kepadaku
sebelum berlalu mengambil wuduk.Aku membalasnya dan mencapai handbagku
kemudian terus keluar.
Share this novel