BAB 9

Romance Completed 685

Dah sebulan aku berkawan dengan Akmal.Memang aku tidak dapat menafikan
yang bahwa,aku mulai suka berkawan dengannya.Setiap malam,sebelum tidur
dia akan hiburkan aku.Walaupun tak lawak,aku gelak saja.Nak jaga
hati.Kadang-kadang aku mengata.Mungkin ada urat yang dah putus ni!Sebab
tu baik semacam je!

Cara pakaian dia juga semakin lama semakin baik.Cuma cermin mata dia
tulah yang menghalang.Hari ini,dia mahu aku berjumpa dengannya.Ada
sesuatu yang hendak dikatakan.Pantai Kemasik,Kemaman saya datang.

Setelah berjaya parkingkan kereta aku segera keluar dari
kereta.Kelihatan ramai juga orang datang.Maklumlah cuti sekolah,bawa
anak-anaklah.Aku mecari satu tempat duduk yang belum orang duduki.Aku
melabuhkan duduk sambil menunggu Shadie datang.

Aha! Baru aku teringat yang sebenarnya Shadie bukan berasal dari Malaysia.Dia lelaki berdarah kacukan.China-Korea.Patutlah aku melihat dia putih melepak.Mata pun sepet.Tetapi hensem! Entah macam manalah rupa dia boleh seiras dengan Izzue Islam. Walaupun dia bukan warganegara.Nasib dia,ibunya dan juga bapanya muslim.

Dia juga pernah berkata mamanya menetap disini terus kerana perniagaan
butik mamanya disini.Shadie juga memang pandai buat laksa.First time rasa
memang cayalah!Sedap gila…Bertuahlah siapa yang kahwin dengan
dia.Hari-hari makan laksa!

Aku tersentak apabila ada orang yang memanggil namaku dari belakang. ‘Ni
mesti Akmal’Senyuman aku terus melebar apabila melihat wajah itu.Memang
dia pun!

“Dah lama datang?”

“Lama tu taklah lama sangat!”Aku berinjak ke tepi sedikit.memberi ruang
kepada Shadie untuk duduk.

“Hmm..Bagitahulah saya apa yang awak nak cakap?”

“Awak dah bersedia ke?”

“Eh..Asal lain macam je awak ni?Kenapa?Awak nak balik Korea?”Akmal
mengeleng.Dari mata kasar aku.Aku dapat melihat yang Shadie resah
gelisah.Tangannya dari tadi asyik ke belakang.Macam menyembunyikan
sesuatu.Bunga ke?

“Saya sebenarnya..Sa..ya..”Shadie tergagap-gagap.

“Sebenarnya apa?”Aku menyergahnya,aku pantang kalau orang buat macam ni.

“Saya Haikal Mukriz!Haikal Mukriz yang awak kenal.Yang awak tegur
sebulan yang lepas!”Aku tergelak.

“Haikal Mukriz?Awak Haikal Mukriz?Cukup-cukuplah nak melawak Akmal
oi..Haikal tu hensem.Dia tak pakai cermin mata besar macam kau pakai
sekarang.Dah jangan mengarut!”

“Tak Rose..Aku tak mengarut.Haikal yang awak jumpa tu ialah saya.Dia dan
saya ialah orang yang sama.Saya terpaksa tipu awak sebab awaklah orang
pertama yang saya jumpa masa dekat lapangan terbang hari tu!Setiap kali
saya berdepan dengan awak!Saya terpaksa memakai pakaian yang Akmal
pakai!Kebetulan saya terserempak dengan awak,saya nak tegur awak..Tapi
saya ialah Haikal.Haikal Mukriz.Nama sebenar saya ialah Muhammad Akmal
Haikal Bin Mukriz!”Aku terpaku seketika.Apa!!

Aku lantas berdiri dan merenung sayu mata Akmal.Shadie membuka cermin
matanya.Ya!Memang serupa!

“Saya minta maaf awak!”

Aku menggeleng perlahan-lahan.Baru aku hendak berlalu Shadie sudah
menahan.Aku terhenti seketika.Shadie Merendahkan dirinya.Akhirnya benda
yang tersembunyi di belakangnya dapat ku ketahui kini.Ia adalah sekuntuk
bunga Mawar yang berwarna merah.

“Saya sebenarnya cintakan awak!Sayangkan awak!Sejak awak tegur saya di
shopping kompleks hari tu!Awak menegur saya tentang agama.Awak telah
membuatkan saya makin lama makin mendekati agama Islam.Pada mulanya saya
ingat,awak sama sahaja macam orang lain.Tetapi awak tak..Awak saya nak
kahwin dengan awak!”

Aku terpaku seketika.

Aku tersenyum manis.Kemudian aku menyambut bunga mawar itu lalu
menghidunya.Aku tersenyum lalu mengangguk.

“Saya terima..”

“Terima kasih awak..nanti saya melamar awak yea?”

“Awak..Kita tak payah tunang..Kita terus kahwin okey?”

“Okey my dear..”Shadie tersenyum manis aku pun turut begitu.Aku harap dia
adalah milik kekalku buat selamanya.Terima kasih Ya ALLAH kerana
mempertemukan kami!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience