“Kenapa kau bawa aku ke gerai jual laksa ni?”aku mula bertanya.Kebingungan.
“Sahaja..Aku nak kau teman aku makan.Rose kau duduklah dulu,aku nak
order kejap!Kau tak nak apa-apa ke?”
“Milo ais?”
“Okey”.Aku berasa agak rimas juga kerana hanya melihat kereta lalu
lalang.Langsung tiada tempat menarik untuk dilihat.Sambil mata meliar
sekitar sederet kedai di situ.Mata aku terpaku pada suatu kedai!
“Kek!!”
“Apa kau cakap?”Shadie yang datang membawa laksa dan segelas air milo ais
untukku sudah melabuhkan punggungnya.Keningnya terangkat sedikit.
“Sibuk je!”Aku menarik gelas tersebut rapat ke mulutku lalu aku
meneguknya.Rakus.Shadie yang berada di hadapanku berhenti menyuap laksa
ke mulut.Memandag ku tidak berkelip.
“Kau ni asal?”aku bertanya.
“Kau ni kebulur sangat ke nak minum milo ais ni?”
“Biarlah..”aku kembali memandang kedai kek itu.Dari jauh aku dapat
melihat papan tanda kedai kek itu ada gambar kek coklat yang sedap.Aku
sudah dapat membayang kek tersebut berada di hadapan ku.Tanpa aku sedari
air liur laju menuruni.
Shadie yang baru perasan,terkejut. “Wei,Rose kau okey ke?”Aku bagaikan
baru tersedar dari lamunan,yang aku pasti air liur aku….Warghhh!!Malu oi!
“PakCik Saleh,bagai kain buruk!”Shadie menjerit.Aku hanya tertunduk
malu.Aku tahu ada banyak mata yang sedang memerhatiku kala ini.
“Tak apa Pak Cik Saleh.Saya boleh buatnya sendiri”Selepas berhenti
mengelap Shadie menyuruhku melihat wajahnya.
“Kau ni kenapa?Angau eh?”
“Woi!!Mana ada angau!”
“Yelah tu..Pasal kereta kau,aku boleh uruskan.Nanti bila dah siap aku
hantar..”Perlahan sahaja suara dia aku dengar.Kenapa aku lihat dia pelik
sangat hari ini.Nada marah berubah menjadi nada yang paling sedap aku
dengari. ‘Are you okay,Akmal?’
Share this novel