BAB 1

Romance Completed 685

Aku berjalan perlahan-lahan sambil mataku tak lepas dari memandang
sekumpulan manusia yang berkumpul di suatu sudut.Di situ aku tidak dapat
mencari namaku.Adakah mereka belum sampai?Aku sebenarnya baru sahaja
tamat belajar di UK so aku sudah pulang.Lagi pun dah lama aku tak jumpa
mama,papa!Rindu mereka sangat.Tetapi aku tahu mereka tak akan
menjemputku kerana urusan kerja.Aku berharap sangat ada orang yang akan
menjemputku,namun tiada.

Aku menghenyakkan punggung di kerusi tempat menunggu.Melihat jam di
pergelangan tangan,sudah menunjukkan ke pukul lima petang.Teringat yang
aku belum lagi menunaikan solat Asar.Aku segera bangkit untuk menuju ke
surau yang telah disediakan.

Namun tiba-tiba sahaja bahu aku dirempuh kuat selepas bangun dari tempat
duduk.Aku tersungkur.Aku mengadu sakit lalu berpaling ke belakang untuk
bersedia memarahi orang yang rempuh aku.

“Sengal punya budak!Tak ada mata ke?!”laju sahaja aku luahkan.

“Ewah,ewah,ewah…Sedap mulut kau kata aku sengal!”Budak lelaki itu membalas.

Aku terkejut seketika lalu bingkas bangkit.Aku melihatnya dari atas
sampai ke bawah..Hati aku tertawa kecil.

‘Lawak betul dia ni.Nak tengking orang tak pandang diri!Dahlah pakai
butang baju sampai nak tercekik leher!Pakai pula cermin mata.Lepas tu
rambut…Hahahhaa,memang sah kau ni nampak macam lurus bendul’kutuk aku
dalam hati.

“Wei!Apa sengih-sengih!”

“Biarlah aku nak sengih ke tak?!Kau peduli apa!.”Aku perasan ada dua
tiga orang yang lalu disekitar kami memandang ke arah kami.Ada juga yang
tersengih dan tersenyum melihat gelagat aku dengan mamat ni.

‘Ehh,minah ni.Bahasa cukup cantik!Mau aku lempang sekali,terabur semua
gigi!’

“Gila!!”lelaki itu terus mencapai bagasinya yang terjatuh tadi dan terus
berlalu pergi.Aku turut mengambil bagasi dan terasa juga aku nak baling
handbag aku dekat lelaki tu.Geram!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience