Aku hanya terdiam apabila rakan-rakanku bercakap perihal orang.Aku
bab-bab macam tu,aku tak nak ambil part!Aku hanya bermain permainan
dalam henset aku.Sesekali terasa dahaga minum juga air yang aku
order.Sebenarnya dah hampir sejam aku lepak dengan kawan aku dalam
shopping kompleks tapi satu barang pun aku tak beli lagi.Bosan betul!
“Woi!!”
“Opocot kau!!”Aku melatah apabila Fariza menepuk meja dengan kuat
sehingga mampu mengambil perhatian orang yang lalu di sekeliling kami.
“Mak cik!Kau ni dah kenapa?Ketuk meja bagai?Kalau marah pun
agak-agaklah!”Aku sudah naik berang.Aina,Aiza,Fariza sudah mula gelak
ketawa melihat akan perangai aku.Bila aku hendak sambung
balik..Tiba-tiba!Game over!What!!!Arghhh…
“Ni semua salah kau orang.Aku lagi sikit sahaja nak kalahkan budak ni!”
“Kau main game apa..sampai marah-marah bagai?”Aiza bertanya.
“Game Wechat!Pencil Pilot..”
“Ohh..Budak mana kau nak kalahkan tu?”
“Budak Haikal Mukriz ni!Memanjang ja dia dapat nombor satu.Aku
asyik-asyik nombor dua!”
“Haikal Mukriz kau cakap!”Aina pulak menyampuk.
“Betullah budak tembam oii!”
“Cakap pasal Haikal Mukriz yang hot tu!Tu bukan dia ka?”Fariza
meluruskan jari telunjuknya ke arah seorang lelaki bersama seorang
perempuan seksi.Mesra.
“Weii!Aku dah syok kat Haikal tu.Tapi kenapa layan perempuan seksi macam
tu?Siap berpengangan tangan pulak!Aku jeles!!”Fariza mula menggengam
penumbuk.
“Kejap!”aku terus bangun dari tempat duduk dan menuju ke arah lelaki
tersebut.
“Assalamualaikum!”Aku menyapa lembut dari belakang.Kedua-duanya menoleh
dan aku segera mempamerkan senyuman yang sangat palsu!
“Waalaikumusalam..”jawab lelaki yang bernama Haikal itu tetapi tidak
minah seksi.Minah itu mencebik tetapi tangannya masih erat memeluk
lengan Haikal.
“Cik boleh tolong jarakkan diri cik dari kami.Saya takkan kebas dia
ya!Cuma nak berbincang sikit!!Ja.”
Minah itu terus berlalu.
“Encik,encik ni orang Islamkan?”
“Ya,saya..”
“Habis kenapa berpegangan tangan dengan bukan mahram?Awak tak malu
ke?”aku bertanya lembut.Dari jarak dekat rupa dia memang serupa dengan
Izzue Islam.Juga ada iras-iras lelaki Korea.
Dia hanya diam.Aku terdiam seketika.Bila aku melihat rupa ini,aku
teringat si Akmal!Kenapa eh?
“Tak apalah saya undur diri dulu.Assalamualaikum!”aku terus berlalu
meninggalkan dia yang masih terdiam seribu bahasa..
Share this novel