BAB 7

Romance Completed 685

“Hello Uncle!Uncle boleh datang mari tak!Saya punya kereta banyak buat
masalah!Boleh?Yes!!Apa datang esok pagi?!Jangan buat saya macam ni
Uncle.Saya sekarang mahu balik rumah juga!Nanti mama saya…Uncle
faham-fahamlah!”

“Tak boleh ke Uncle batalkan mesyuarat Uncle.Kesianlah sama Rose!Nanti
Rose akan tambah bayaran tu.Berapa pun Uncle nak Rose akan tunaikan.Tapi
jangan sejuta pulak!Tak mau!!Uncle..Tolonglah..”Aku merayu dan terus
merayu namun Uncle terus sahaja matikan telefon.

“Ish..Uncle ni!!Yang mama pun satu!Berkat ke tak berkatkan nih?”Aku
mengomel dan kaki kanan aku menyepak tayar kereta berkali-kali hingga
aku terasa sakit dan menjauhkan kakiku dari terus menyepak.

Tiba-tiba timbul satu idea.Lalu aku cepat-cepat pergi ke tengah jalan
dan melambai ke arah sebuah kereta yang meluru ke arahku.Kereta itu pun
berhenti.

“Encik!Boleh encik tumpangkan saya balik rumah tak?”aku bertanya selepas
tingkap kereta di turunkan.Lelaki itu membuang cermin mata hitam yang
dipakainya.Selepas itu tersenyum manis.

“Encik Haikal Mukriz!!”terkejut besar aku!

“Ya cik..Saya boleh tolong..”

“Tak apalah.Tak jadi saya nak naik!”

“Ehh!Kenapa pulak?”

“Yalah..Encik Haikal saya ni..Bukan berada sangat pun!Nanti kotor pulak
kereta Encik Haikal yang mewah ni!”Dia ketawa kecil.

“Kenapa ketawa?”

“Awak ni..Comellah!”Terus merah padam muka aku.Hehhe seronoknya!.

“Jomlah!”

“Tak apalah,saya tahan kereta lain sahajalah!”

“Okeylah..kalau macam tu!Assalamualaikum!”setelah aku menjawab salam,aku
sudah bersedia untuk menahan kereta lain pulak!Kalau ada teksi pun duit
dah aku habiskan dekat kedai kek.Inilah nasib..Setelah lama
menunggu,datanglah sebuah kereta yang akan menjadi mangsa aku.

“Assalamualaikum..En..”Aku tidak dapat menghabiskan kata-kata disaat
melihat muka itu.

“Kau lagi!!”serentak sahaja aku dan dia berucap.

“Aku ingat minah cun mana pulak nak tahan kereta aku!Ni tidak hangit
jugak yang tahan!”

“Kau kata aku hangit?Heh kau tu apa?Lurus bendul!!!”

“Bendul..Bendul!Kau sebut perlahan sikit ya minah!Sakit hati aku!!”

“Kau ingat kau kata aku hangit!Aku tak sakit hati!Woi!!Boleh belahla kau!”

“Aku pun tak ingin nak tumpang kaulah!”

“Ada aku kisah!”aku membalas dan kembali berdiri ditepi jalan sambil
berpeluk tubuh.Aku membuat gaya seperti merajuk.Tanpa aku sedar Akmal
terus menerpa ke arah aku dengan tangannya menutup mulutku.

“Wei,kau nak culik aku ke?”

“Kau duduk diam-diam.Aku nak bawa kau ke suatu tempat!”Aku terdiam
sejenak.Kenapa?Seketika kemudian,kereta memecut laju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience