“Mama!!Rose nak keluar kejap!”Aku menjerit dari luar rumah.Aku mencapai
kunci kereta diatas meja dan terus berlalu ke keretaku.
“Keluar nak pergi buat apa?”
“Orang nak pergi kedai kek kejap.”
Aku membuka pintu kereta dan mencampak handbeg aku di tempat duduk
sebelah.Baru sahaja aku hendak menutup pintu kereta mama mula acara
beleternya.Huh,letih betul aku!
“Kamu ni..tak payah keluarlah!Panas terik ni.Lagi pun dekat dapur tu ada
bahan buat kek!Buat sajalah.Tak payahlah beli.Buat habis duit je!”
“Tapi mama..”
“Tak ada tapi-tapi.Kamu tu bukan tak pandai buat kek!Semua orang suruh
anak mama ni buka kedai kek tapi Rose tak mahu!Bukan tak ada modal..Tapi
ada sebenarnya!Sampai bila Rose nak jadi penganggur ni?Orang habis-habis
belajar terus jadi kerja bersesuaian dengan jurusan yang kita ambik!”
“Yalah..Nanti orang cari ya!Orang nak mintak berkat keluar rumah
mama..Tolonglah izinkan..”Aku membuat suara sayu dan berjalan ke arah
mama yang masih bersandar di tepi pintu.
“Yelah..Mama izinkan tetapi!Jangan lambat balik rumah!”
“Ya.Mama yang tersayang..Muahh!!”Aku terus membolos diri di dalam kereta
selepas bersalaman dengan mama.Sebelum aku bertolak sempat lagi aku
melambai tangan dari dalam kereta dan buat flying kiss!Haha.
I Love You!!
Share this novel