BAB 3

Romance Completed 685

Aku melabuhkan punggung di kerusi sambil tangan pantas mendail nombor
Pak Cik Khairul.Aku perlu beritahu bahawa aku terlambat sedikit.

Aku menarik nafas lega apabila sudah mematikan telefon.

“Adik terima kasih ya!”aku terkejut seketika apabila mak cik tadi sudah
ada sebelah aku.Turut duduk.Aku mencapai hulurannya dan tersenyum manis.

“Sama-sama kasih,mak cik!”Aku terus bangun dan menyalami mak cik
itu.Orang tua perlulah di hormati…kan!?

“Eh..Boleh tunggu sekejap tak?!!”batu aku hendak membuka suara,mak cik
itu sudah memanggil nama seseorang.

“Haikal!!”

Mata aku terus membulat taktala mamat itu berdiri betul-betul di
hadapanku.Begitu jugalah lelaki itu.

‘Asal dia pula ni..’aku mengeluh seketika.

“Mak cik nak kenalkan yang ini..anak mak cik..nama dia..”

“Akmal!”budak lelaki itu memotong percakapan mamanya.Kelihatan mamanya
sudah mencuit lengan anaknya yang tersengih-sengih itu.Aku pun rasa
macam nak tergelak pun ada..

“Ohhh..Saya Siti Nur Rosafia..Panggil Rose je..”aku memperkenalkan diri.

Mak cik itu kelihatan tersenyum manis manakala anaknya pula sudah
merenungku tajam. ‘Hek elehhh..Kau ingat aku takut ke dengan jelingan
maut kau tu!Menyampah!’

“Sedap nama tu!Rose!”mak cik itu memuji-muji namaku.Aku tersenyum
manis.Tiba-tiba pula aku teringat yang aku harus pulang segera ke
rumah.Sebelum aku berlalu pergi sempat aku menjeling sekilas anaknya itu.

‘Nampak macam anak orang kaya..Muka pula sekali pandang dah macam Izzue
Islam.Kalaulah dia buang cermin mata tu..ubah gaya dia sikit dan
rambutnya..aku rasa memang sama!’Puji aku..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience