BAB 8

Romance Completed 16153

“Kenapa dengan awak hari ni? Terlebih makan ubat ke apa?” aku bertanya apabila cendol yang dipesan telah sampai.

“Kenapa apa? Macam biasa je.”

“Tak. Awak lain. First, imej awak. Kedua, perangai awak.”

“Pertama, saya dah bosan terpaksa berpura-pura. Kedua, ni diri saya yang sebenar.”

“Kalau awak bosan, kenapa awak menyamar dulu?”

“Awak tahu kan family saya boleh dikatakan loaded?” aku hanya mengangguk. Ye, aku akui itu. “Saya penat nak layan perempuan yang mata duitan. Diorang tak terima saya seadanya. Diorang hanya nampak apa yang ada pada saya. Tapi, bila saya kenal awak, saya tahu masih ada orang yang tak tengok kebendaan semata.”

“Mana awak tahu, saya mungkin menyamar je?” aku cuba menduganya.

“Dina. Saya tahu awak memang berkira pasal duit. Pendek kata, mata awak tu memang duit je. Tapi, bila keluarga saya hulur awak dengan duit, awak tolak. Lagipun, awak terima saya yang nerd tu. Tak cukup ke bukti tu?” aku terdiam. Hilang kata-kata untuk membidas. Memang aku bukanlah perempuan macam tu. Yang hanya memikirkan kebendaan. Pada aku, banyak benda lagi yang boleh buat aku bahagia.

“Saya tetap Taufiq yang awak kenal. Yang bezanya, saya tak la lembik sangat sampai perempuan kena tolong saya.” Aku hanya tersenyum. Mengimbau kenangan pertama aku berjumpa dengannya. Macam tak sangka kan cerita kami macam Beauty and the Beast. Tiba-tiba je raksasa bertukar jadi putera. Namun, itu bukanlah permulaan cinta kami kerana aku hanya menganggap Taufiq sebagai sahabat dan abang, yang akan sentiasa berada di sisi aku walaupun bukan 24/7.

Hari ini, aku ke kolej sendiri kerana Taufiq terpaksa menghadiri satu kursus. Biarlah. Sesekali ke kolej menaiki bas bukanlah masalah bagiku. Au pun tidak mahu memanjakan diri dengan selalu bergantung dengan Taufiq. Sebaik tiba di pintu masuk kolej, aku ditahan oleh beberapa orang perempuan yang ku fikir jauh lebih cantik daripadaku. Tapi cantik dengan make up je la.

“Freshie. Hari ni abang tak hantar ke? Bukan ke korang ni belangkas?” perempuan yang mengenakan make up paling tebal dalam kumpulan itu, tiba-tiba bersuara. Glamour sangat ke aku dengan Taufiq ni? Sampai orang yang aku tak kenal pun boleh tahu pasal kitorang.

“Dia ada urusan lain. Apahal?” kasar suaraku. Aku tahu aku tidak boleh berlembut dengan orang yang tidak tahu beradab macam ni.

“Apahal kau tanya aku? Babes. Dia tanya kita kenapa la. Explain sikit. Aku malas la.”

“Kalau kau nak tahu, Shasha ni awek Taufiq.”

“Oohh… Minah materialistik tu, kau la? Hurm. Nampak la dari muka kau. Memang mata duitan pun.” Nah!!! Ambik kau se das. Nak sangat lawan dengan aku. Silap besar la. Aku nampak muka Shasha berubah merah. Solekan yang tebal itu tidak mampu menutup merah di pipinya. Padan muka kau.

“Hurm. Baiklah senior-seniorku. Rasanya, dah sampai kan mesej yang korang nak sampaikan. Saya pun ada kelas ni. Saya minta diri dulu ye.” Aku berlalu dengan selamba. Dalam hati ku melonjak gembira. Yes!!! Kalaulah Taufiq nampak apa yang aku buat, mesti dia bangga dengan aku. Hurm. Tiba-tiba, aku rindu dengan lelaki itu. Cepat-cepat aku usir perasaan itu jauh.

Kelas habis awal daripada biasa hari ini. Aku melihat jam di tangan. Pukul 12.15 tengah hari. Taufiq kata kursusnya akan habis pada pukul 12.30. Tak lama. Aku memilih untuk menunggunya di pondok berhampiran café. Satu mesej dihantar buat Taufiq.

Butang ‘send’ ditekan. Sementara menunggu masa berlalu, aku memilih untuk menghabiskan masa dengan mendengar muzik daripada mp3 hadiah pemberian orang tuaku. Satu lagu, dua lagu, masih tak ada bayang Taufiq. Aku menanggalkan mp3 untuk meluruskan urat-urat yang telah tersimpul dek duduk terlalu lama. Tiba-tiba, aku terasa cecair sejuk mengalir dari atas kepalaku. Ku toleh ke atas untuk melihat apa yang terjadi. Rupanya, itu adalah balasan dendam Shasha dek kata-kata ku pagi tadi. Beberapa gelas teh ais dicurahkan di atas kepalaku. Aku tidak mampu berbuat apa, hanya menerima apa yang diberi. Aku tahu melawan akan memburukkan keadaan. Gelak tawa Shasha dan rakannya jelas kedengaran di telinga.

“Puas hati aku. Ni la makannya kalau tak pandai jaga mulut. Aku tak hadap sangat la Taufiq tu. Setakat mamat nerd macam tu, aku boleh cari sepuluh la.” Shasha bersuara lantang.

“Siapa yang nerd?” tu suara Taufiq. Ya Allah. Kenapa dia muncul waktu macam ni. Dahla aku dah lencun habis. Rambut aku pulak dah melekit macam apa ni. Rasa nak menangis pun ada. Tak pasal-pasal kena mandi dengan teh ais. Gila betul Shasha tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience