BAB 12

Romance Completed 16153

Dina. First time abang jumpa Dina, Dina memang awek yang cool. Berani lawan Iskandar yang jauh lagi besar daripada Dina sendiri. Tapi lama-lama, abang tahu Dina ni awek yang sensitif. Thanks masakkan sayur hari tu. Masakan Dina pun best. Cuma Dina kena kurangkan garam lepas ni. ? Sorry sebab abang marah Dina hari tu. Abang cuma risau Dina tak balik-balik lagi. Tu semua sebab abang sayangkan Dina. Sorry juga pasal kes Shasha. Tak pasal-pasal Dina kena mandi. Hopefully, lepas ni tak ada dah orang kena mandi dengan teh ais lagi. Kekekeke… just kidding.

Aku berhenti membaca untuk mengusap air mata yang bergenang di tubir mata.

Nanti Dina dah habis belajar, jangan lupakan ibu dengan abah okay. Diorang tetap parents Dina dekat sini. Jangan lupakan abang juga. Walaupun abang dah tak ada, abang harap Dina takkan lupakan abang. Cari boyfriend cepat-cepat. Hurm, tapi kena belajar jadi lembut dulu la. Hehehe… And lastly, jangan menangis. Dina cantik kalau senyum. Walaupun payah, senyum. Abang sayangkan Dina. Tolong doakan abang.

Surat tadi kulipat semua, dan dimasukkan ke dalam sampul. Nafas ditarik perlahan-lahan, lalu dilepaskan. Seolah-olah aku membuang segala beban yang tersarang di dalam diri. Aku bangun dan menuju ke bilik. Aku tahu aku perlu meneruskan hidup. Aku mengesat air mata yang membanjiri pipiku. Dan aku tahu, itu adalah air mata terakhir yang akan tumpah kerana lelaki bernama Taufiq. Dia takkan mahu melihat aku sakit dan aku takkan membenarkan lagi diriku sakit. Hidup harus dijalani dengan positif, apa dugaan mendatang aku tadah dan redah dengan penuh kekuatan. Doa jangan pernah putus kerana di saat satu dunia mahu menjatuhkanmu, Allah SWT sentiasa ada dan takkan menghampakanmu meski DIA memberi dugaan yang adakalanya membuat kau putus asa, keliru dan marah. Namun percaya pada kerja-NYA.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience