BAB 7

Romance Completed 16153

“Taufiq???”

“Eh!!! Dina. Dah habis kelas? Jom pergi shopping.” Sah!!! Itu memang Taufiq. Tapi dia sangat berbeza. Mana hilangnya cermin mata Harry Potter dan rambut belah tepi yang jadi identiti dia?

“Wait!!! What’s going on? How come awak…” aku putus kata.

“Handsome???”

“Kind of~”

“This is my real image. Yang dulu tu, saje nak tutup mata awek2 yang materialistik.”

“Tapi, kenapa sekarang?”

“Sebab saya dah jumpa orang yang terima saya seadanya.” Taufiq hanya tersenyum. Aku mengikut pelakuannya memasuki kereta. Dalam kereta, aku jadi tak tenang. Aku rasa seperti dengan orang lain dengan perubahan drastiknya.

“Your seatbelt.”

“Hah?” aku jadi tak dengar ayatnya dengan keresahan yang melanda jiwaku. Aku jadi lagi tak tenang apabila Taufiq yang membantu aku memakaikan tali pinggang keledar.

“Relax. Saya tetap Taufiq okay.”

“Tak. Awak lain.” Hanya itu yang mampu aku luahkan tika ini. Memang dia lain. Tak pernah-pernah dia begitu gentle denganku. Namun, perubahan penampilannya turut merubah peribadinya. Sepanjang perjalanan, aku mengunci mulut. Mencuba mengawal perasaanku yang tak tentu arah. Relaks Dina. Dia hanya ubah penampilan dia je. Sesampainya di kedai buku, aku cepat-cepat keluar, langsung tidak menunggu Taufiq. Aku cuba melarikan diri daripadanya. Entah apa yang terjadi pada diriku. Padahal, bukannya dia bertukar jadi raksasa. Dia berubah jadi putera kowt. Hurm. Tu yang pelik tu.

Di dalam kedai buku, aku cuba melupakan perihal Taufiq dengan perubahannya. Aku memberikan focus dalam mencari buku-buku yang diperlukan. Tidak sampai 10 minit, 4 buah buku sudah di dalam tangan. Aku mencongak-congak harga buku-buku tersebut. Setelah yakin duitku mencukupi, aku ke kaunter untuk membuat bayaran.

“Dah siap?” hampir terlepas buku-buku di tangan dengan sergahan Taufiq yang tiba-tiba. Ada ke patut. Bagi la salam ke, apa ke. Ini main sergah je.

“Sorry. Dah siap ke?” aku hanya mengangguk. Masih tidak mampu membuat eye contact dengannya. Taufiq mencapai buku-buku di tanganku, dan berlalu ke kaunter. Aku tergamam dengan perlakuannya. Apa dah jadi dengan mamat ni? Tiba-tiba je jadi gentle semacam? Aku mengekorinya ke kaunter. 4 buku yang ku pilih tadi, siap dibayar oleh Taufiq. Aku rasa terhutang dengannya. Untuk mengelakkan daripada terhutang dengannya, aku mencapai plastik yang berisi buku-buku tersebut.

“Berat tu. Biar saya yang bawak.” Aku buat-buat tuli. Aku tidak mahu terus menyusahkan lelaki itu. Biarlah aku bersusah sedikit. Memang berat plastic tersebut, tapi, aku hanya bertahan.

“Irdina…” Taufiq masih berdegil. Aku juga berkeras.

“Irdina. Biar abang yang…”

“Awak. Kita minum cendol nak. Dekat sana.” Sebaik mengutarakan cadangan, aku segera berlalu. Tidak mahu Taufiq semakin mengasak untuk membawa plastic tersebut. pasal plastic pun nak jadi kes gaduh kan. Pelik betul. Aku memilih tempat di bawah sebatang pokok yang rendang. Taufiq mengambil tempat di sebelah. 2 mangkuk cendol ku pesan buat menghilangkan panas dan haus.

“Tengok tangan kanan.” Taufiq tiba-tiba bersuara. Aku menunjukkan tangan kananku kepadanya dalam keadaan musykil.

“Abang dah cakap, plastic tu berat. Tapi degil nak bawak jugak. Kan dah merah tangan ni.” Taufiq menggosok telapak tanganku yang kemerahan. Aku jadi gelisah sendiri. Ya Allah. Apa yang dah berlaku pada lelaki ni? Dia salah makan ubat ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience