BAB 4

Romance Completed 16153

“Ibu. Bukan jiran kita ni nak sewakan rumah dia ke?” tiba-tiba Taufiq bersuara memecahkan kesunyian.

“Haah la. Dina sewa kat sini je la. Sebelah rumah mak cik ni je. Senang mak cik nak tengok-tengokkan kamu. Ye la. Kamu tu anak gadis. Bahaya jugak kan. Lagipun, boleh pergi kolej dengan Taufiq nanti.” Aku memandang sekeliling rumah Taufiq. Rumah itu jauh lebih besar daripada rumahku di Johor. Dua tingkat pulak tu. Aku yakin rumah jirannya juga seperti ini. Mana mampu aku nak sewa. Dahlah aku ni pelajar je.

“Bukan saya tak nak makcik. Cuma, saya takut tak mampu. Rumah besar macam ni. Dah lah saya tinggal sorang je. Lari bajet bulanan saya nanti. Saya anggar dalam RM500-RM600 je untuk sewa rumah.” Aku menyuarakan rasa hatiku tanpa berselindung.

“Macam ni la. Nanti mak cik runding dengan jiran mak cik. Dia pun tak kisah sangat. Asalkan ada orang yang duduk rumah dia ni. Buat sementara ni, Dina duduk rumah mak cik dulu la. Ada bilik kosong kat atas. Dina rehat-rehat dulu. Mak cik pun nak masak ni. Kejap lagi pak cik kamu balik.”

“Hurm. Terima kasih mak cik.” Aku hanya tersenyum. Tak sangka kan, masih ada orang yang baik macam ni. Dulu, minda aku sering dibayangi perangai-perangai kejam orang bandar. Rupanya, tak semua orang macam tu. Aku bersyukur ditemukan dengan Taufiq hari ini. Setidak-tidaknya, tak la aku terumbang ambing di tempat orang.

Aku mandi dengan segera, cukup sekadar menyegarkan badanku yang sangat letih. Tinggal di rumah orang buat aku tidak betah untuk berehat. Usai mandi, aku mengenakan pakaian yang agak kasual. Aku segera turun ke tingkat bawah, mendapatkan ibu Taufiq di dapur. Aku lihat wanita itu sedang asyik menggoreng sesuatu, tanpa menghiraukan kehadiran aku.

“Sedapnya bau mak cik masak ni.” Suaraku mengejutkan wanita itu. Satu senyuman dilemparkan padaku. Manisnya wajah itu walaupun sudah dimamah usia. Kala ini, betapa aku rindukan ibuku di kampung.

“Tak siap lagi ni Dina. Kenapa tak rehat dulu? Nanti mak cik panggilkan.”

“Saje nak tolong mak cik. Lagipun, kat rumah dah terbiasa tolong ibu masak. Jadi tak reti nak tengok je.” Aku mula semakin mesra dengan wanita itu.

“Untung ada anak perempuan kan. Boleh pergi beli barang sekali. Masak sekali. Nak harap Taufiq tu, tak nak nya dia tu.”

“Ada anak lelaki pun untung mak cik. Ada orang yang boleh jaga kita. Macam saya ni, terpaksa la jaga diri sendiri.” Wanita itu hanya tersenyum. Mungkin ada betulnya kata-kataku.

“Sayur ni mak cik nak masak jugak ke?” aku bertanya apabila melihat sayur yang telah dipotong, hanya dibiar di atas meja.

“Ya Allah. Mak cik lupa pulak. Nak masak la tu. Sebab tu dah siap potong. Dina biar je la kat situ. Kejap lagi mak cik masak. Gulai ni tak boleh tinggal pulak.”

“Tak apa lah. Biar saya tolong masak sayur ni.” Tanganku ligat membuat kerja-kerja yang sudah lali bagiku. Beberapa kali ibu Taufiq menyuruh aku membiarkan sahaja sayur itu. Namun, sebagai seorang tetamu, aku tahu kedudukanku. Aku tahu aku tidak patut membiarkan tuan rumah melakukan semua kerja.

Tidak lama, semua lauk sudah siap dimasak. Ada hikmahnya ibu selalu membebel meminta aku memasak. Dapat la aku tunjuk bakat dekat sini. Aku membantu ibu Taufiq menghidang makanan di atas meja. Tidak lama, sebuah kereta mewah berwarna hitam memasuki perkarangan rumah.

“Tu pak cik dah balik.” Oh. Ayah Taufiq rupanya. Aku menyiapkan kerja-kerja menghidang yang ditinggalkan ibu Taufiq untuk menjemput suaminya pulang kerja. Alangkah harmoninya keluarga ini. Aku hanya tersenyum melihat telatah suami isteri itu. Walaupun sudah lama berkahwin, kasih sayang masih terpancar dari perlakuan mereka.

“Eh. Sejak bila pula rumah kita ada anak perempuan ni?” ayat pertama ayah Taufiq apabila terpandangkanku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience