BAB 2

Romance Completed 16153

“Kenapa? Berapa ramai dah yang mati kat tangan kau? Lima? Sepuluh?” selamba aku berkata sambil mendepangkan jariku. Aku tahu kata-kataku menambahkan marah lelaki itu.

“Baik awak pergi dari sini. Ni bukan tempat awak.” lelaki yang tadi ku bantu, kini bersuara.

“Kenapa? Sebab ni tempat awak, jadi tak ada siapa berani nak tolong awak? Come on. Ni tempat awam. Jadi, tak ada masalah kalau saya pun nak join lepak sini. Kan?” aku bersuara lantang. Sengaja. Aku ingin orang di sekeliling kami sedar kesilapan mereka. Sejurus aku berkata-kata, sebuah buku melayang tepat ke muka, namun sempat ku tepis. Tanganku terasa pijar dek serangan yang tidak ku duga. Mujur tak kena muka. Kalau tak, hilang cun muka aku. Aku lihat wajah lelaki tersebut tercengang dek tindakan refleks ku yang pantas. Bukan lelaki itu sahaja, malah, beberapa orang yang masih setia menjadi penonton drama kami.

“Nice try boy.” Aku sengaja membakar hatinya yang sedang hangat. Satu senyuman sinis ku lemparkan padanya.

“Watch out girl. Aku ajar kau suatu hari nanti.” Usai berkata-kata, dia terus berlalu tanpa menoleh ke belakang lagi. Malu mungkin dek serangannya yang dapat ku balas.

“Silakan~~” aku menjerit lantang. Aku tersenyum puas. Puas kerana dapat membantu insan yang lemah.

“Dah dah. Drama dah habis. Yang tercegat kat sini lagi buat apa? Bersurai.” Mendengar kataku, sesakan manusia tadi semakin menghilang. Tinggallah aku dan lelaki tersebut di tengah-tengah kawasan lapang itu.

“Awak. Terima kasih tolong saya. Kalau awak tak ada tadi…”

“Okay. Cut the thanks short. Saya kena gerak cepat. Banyak benda kena buat lagi ni. Nak cari rumah sewa lagi. Dahlah saya baru dekat sini. Chow.” Aku menuju ke tempat beg pakaianku ditinggalkan. Mujur tak ada siapa nak curi beg aku ni. Kalau tak, tak berbaju la aku malam ni.

“Awak. Saya boleh tolong awak cari rumah sewa. Itupun kalau awak su…”

“Yes. Saya sudi. Okay let’s go.” Tak sia-sia aku tolong orang tadi. Setidak-tidaknya, perbuatan baik aku dibalas cash. Tak payah aku susah-susah cari rumah sewa sorang-sorang. Aku mengekorinya ke kawasan letak kereta. Lelaki itu berhenti di hadapan sebuah kereta Honda Vitec berwarna silver.

“Ffuiiyyoohh!!! Kereta awak ke ni? Awak beli sendiri ke?”

“Birthday present daripada parents.”

“Wow!!! Cool gila parents awak. Untung la. Saya ni, lesen memandu pun tak ada. My parents are too protective.” Lelaki itu hanya tersenyum. Mungkin telatahku yang macam budak-budak mencuit hatinya.

“Masuklah. Panas ni.” Aku hanya menurut arahannya. Beg pakaian, ku campak ke tempat duduk belakang. Aku mengambil tempat duduk di sebelahnya. Perjalanan dimulakan dengan perlahan. Cool jugak mamat ni bawak kereta. Yang tak cool, dia ni macam mamat nerdy sangat la. Cermin mata Harry Potter. Rambut belah tepi. Memang bukan taste aku langsung la.

“Berani betul awak lawan Iskandar tadi? Tak takut?”

“Iskandar? Siapa?” aku bertanya hairan.

“Mamat yang buli saya tadi.”

“Hahahahahhaaha…” tawaku terhambur di situ. Kalau ikutkan hati, nak je aku berguling dekat situ. Mujur kawasan sempit. Setelah tawaku agak reda, lelaki di sebelahku membuka mulut.

“Kenapa awak excited betul gelak?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience