BAB 9

Romance Completed 16153

“Taufiq!!! Apa yang jadi pada You ni? Wow!!! You look great.” Eh eh minah tadi. Tadi dia yang kata tak hadap mamat nerd tu. Bila nampak, dah tergedik-gedik pulak macam lintah kena garam.

“Kalau kau rasa tak nak mandi lagi teruk, baik kau blah.” Keras amaran yang diberikan. Mungkin takut solekannya akan luntur, Shasha cepat-cepat berlalu. Taufiq terus mendapatkanku.

“Sorry abang lambat. Dina okay?”

“Dina pergi toilet kejap.” Aku segera berlalu untuk mengelakkan air mataku daripada dikesan oleh Taufiq. Aku tak nak dia nampak dan membuatkan dia risau.

Di tandas, aku menangis semahunya sementara membasuh rambutku daripada lekit gula. Dahlah rambut aku panjang. Memang makan masa la nak kering ni. Setelah agak-agak hilang rasa lekit, aku segera mendapatkan Taufiq. Aku tidak mahu dia menunggu terlalu lama dan membuat andaian buruk.

“Dah puas menangis?” soalan pertama Taufiq apabila melihatku.

“Mana ada menangis. Dina pergi basuh rambut la.” Aku menafikan sekerasnya.

“Dengan abang pun nak tipu ke? Okay. Go on with your lie. Dah. Jom balik.” Alamak. Dia merajuk ke. Ni yang malas ni. Dia memang tak suka aku tipu dia. Tapi aku tak nak dia fikir aku menangis sebab dia pulak. Memang la dia punca aku kena mandi, tapi aku tak kisah pun. Cuma aku tak tahu kenapa aku menangis. Mungkin sebab aku rasa tak adil. Dan mungkin sebab dia tak ada masa aku betul-betul perlukan bantuan dia.

“I’m sorry.” Sebaik sahaja kami masuk ke dalam kereta, aku memulakan bicara. Taufiq hanya tersenyum. Dan dengan itu, aku tahu marahnya terubat. Sebelum perjalanan dimulakan, Taufiq membuat satu panggilan. Tidak lama, panggilan berjawab.

“Hello bu. Hari ni abang dengan Dina balik lambat sikit ye. Nak jalan sekejap. Okay. Bye.” Hah??? Jalan? Dia ni gila ke apa? Aku tengah basah habis macam ni dia ajak aku jalan? Ni pun aku rasa bersalah sebab basahkan kereta dia. Lagi nak ajak aku jalan. Perjalanan dimulakan. Memang betul, Taufiq tidak menggunakan jalan yang sepatutnya kami gunakan.

“Kita nak pergi mana?”

“Secret.” Dengan itu, aku hanya membisu. Aku tahu aku tidak akan dapat apa yang aku mahukan. Silap-silap, kena marah adalah. Tidak lama, kereta Taufiq berhenti di hadapan satu pusat membeli-belah. Sah mamat ni gila. Takkan aku nak turun dengan keadaan macam ni. Taufiq turun terlebih dahulu, dan pergi mendapatkan aku. Aku menolak untuk keluar.

Biarlah. Aku sendiri tidak selesa dengan keadaan basah macam ni. Sudahnya, Taufiq menarik tanganku untuk keluar.

Jaket denim yang dipakainya tadi, diletakkan di bahuku. Nak tak nak, aku hanya menurut langkahnya. Kami berhenti di hadapan salon yang agak lengang. Nak buat apa kat sini? Dia nak potong rambut ke? Aku lihat Taufiq bercakap-cakap dengan pekerja di salon itu. Kemudian, Taufiq kembali padaku dan menyuruh aku duduk di atas salah satu kerusi di situ. Alamak. Aku yang kena ke? Aku ingatkan dia yang nak potong rambut ke apa ke. Apabila pekerja itu mula memegang gunting, cepat-cepat aku berbisik pada pekerja itu.

“Jangan potong rambut saya.” Sesungguhnya aku sayang dengan rambutku. Rasanya, tidak sanggup aku melihat rambut yang ku jaga sekian lama, dipotong macam tu je. Pekerja itu tersenyum dan menganggukkan kepala.

Rupanya, aku di situ untuk mencuci rambutku yang masih melekit. Tapi kenapa dia pegang gunting tadi? Haish. Macam-macam perangai orang aku jumpa hari ni. Lebih kurang 30 minit, rambut aku kembali seperti sedia kala. Malah lebih lembut.

“Jom. Ganti baju Dina pulak.”

“Eh. Tak payah la. Tak teruk mana pun basah ni.” Aku cuba menolak sopan.

“Dina jadi macam ni sebab abang kan? Dina menangis tadi pun sebab abang. So, abang nak bayar balik. Mahal taw air mata Dina tu.”

“Tapi…”

“Tak ada tapi-tapi. Jom.” Aku menurut dalam paksa. Aku bukannya apa. Cuma tidak mahu dia membazirkan untuk perkara-perkara yang tak penting. Kalau balik rumah terus tadi, kan senang. Aku boleh terus mandi dan tukar baju.

“Dina. Nah.” Taufiq menghulurkan satu blouse denim kepadaku. Memang masuk taste la macam ni. Tapi apabila aku melihat harga yang melekat di tag, cepat-cepat aku menolak. Aku berbisik perlahan kepada Taufiq.

“Mahal sangat la.”

Namun Taufiq memaksa aku untuk mencuba blouse tersebut. Nak tak nak, aku hanya menurut. Aku masuk ke bilik persalinan untuk mencuba pakaian tersebut. Tidak lama, aku keluar untuk menayangkan pada Taufiq. Dia mengangkat ibu jarinya tanda ok.

“Selesa tak?”

“Okay. Tapi mahal sangat la. Tak payah la eh. Dina pergi tukar sekejap.” Baru sahaja aku hendak berlalu, Taufiq menarik tanganku. Tag harga yang tergantung di leher baju tersebut, direntap kuat. Itu tandanya Taufiq perlu membayar harga baju tersebut dan aku terpaksa menerima baju tersebut. Memang gila la Taufiq ni. Senang-senang je nak keluarkan duit. Kalau aku, fikir dua tiga kali. Aku lihat dia ke kaunter untuk membuat bayaran, manakala aku ke bilik persalinan untuk mengambil pakaianku tadi.

Usai segala-galanya, kami hanya berjalan-jalan di kawasan pusat membeli-belah. Sekadar mencuci mata. Tidak lama, Taufiq meminta izin untuk ke tandas. Kesempatan itu aku gunakan untuk ke kedai aksesori. Mataku tertarik pada satu rantai yang dipamerkan. Namun, melihatkan harganya, mataku terbuntang. Rantai kecik macam tu pun sampai RM600.00. gila mahal. Walaupun aku berkenan, aku cepat-cepat berlalu dari situ. Takut kalau-kalau Taufiq nampak perlakuan aku dan membeli rantai tu pulak. Tak ke haru nanti.

Kami menyambung perjalanan kami. Aku membeli beberapa barang yang kurasakan patut untuk diriku. Nak beli barang dapur, ibu Taufiq menegah. Katanya, kalau ada apa-apa yang diperlukan, datang rumah je. Rumah tu sentiasa terbuka untuk aku. Hurm. Kalau dah tengah malam aku lapar ke, takkan la aku nak pergi rumah diorang pulak kan. Jadi, aku belilah apa yang aku rasakan perlu.

“Alamak. Abang lupa la ibu ada pesan beli barang tadi. Dekat atas.”

“Ish. Macam la tua sangat sampai lupa-lupa ni.”

“Tua la daripada Dina.” Aku hanya tergelak kecil dengan balasannya. Ada-ada je dia ni nak buat aku gelak.

“Dina nak ikut ke nak tunggu sini?”

“Dina tunggu sini je la. Tak apa kan?” Taufiq hanya mengangguk. Barang-barang yang dibeli tadi ditinggalkan bersamaku. Sekejap sahaja bayang lelaki itu hilang. Sementara menanti, aku hanya memerhatikan sekeliling, melihat gelagat orang. Tidak lama menunggu, Taufiq kembali dengan tangan kosong. Aku membuat muka hairan.

“Tak ada la barang ibu pesan. Jom la balik.” Aku hanya menurut.

“Esok abang ada kursus lagi ke?” aku bertanya sebelum turun daripada kereta. Sengaja aku ingin mendapatkan kepastian.

“Tak. Esok tunggu abang. Kita pergi kolej sekali.” Aku hanya mengangguk. Beg galas dan beberapa beg plastic ku capai sebelum keluar. Baru separuh badanku di luar, Taufiq memanggilku.

“Dina. Kejap.” Taufiq ku lihat mencari sesuatu di dalam beg sandangnya.

“Nah. Hadiah untuk Dina.” Dia menghulurkan

“Hadiah apa ni? Hari ni bukan birthday Dina.” Aku bertanya seperti orang bodoh.

“Saje abang nak bagi. Bukak kat dalam taw. Dah pergi masuk. Malam da ni. Kalau suka hadiah tu, nanti mesej abang.” Aku hanya mengangguk. Apa lagi la lelaki ni. Dahla dia dah berhabis duit dekat salon. Bayarkan baju aku lagi. Memang tak sayang duit betul. Hurm. Untung kau la Dina kenal orang macam tu. Jangan kau ambik kesempatan sudah.

Di dalam rumah, aku meletakkan barang-barang yang ku beli tadi di sisi katil. Tuala ku capai dan terus mandi untuk menyegakan diri. Aku betul-betul penat hari ini. Usai mandi, aku cuba untuk melelapkan mata. Ingin membuang segala penat yang bersarang. Tidak lama, satu pesanan ringkas sampai, membantutkan niatku untuk tidur.

Ya allah. Aku betul-betul lupa dengan hadah yang Taufiq beri. Aku mencari-cari kotak kecil yang ku simpan di dalam beg. Sebaik ku buka, aku terkelu. Rantai yang ku lihat di pusat membeli-belah tadi. Macam mana Taufiq tahu pasal rantai ni? Yang lagi penting, macam mana dia tahu rantai mana yang aku tengok tadi? Bukannya ni satu je rantai dekat kedai tu. Sudahnya, aku membuat panggilan buat Taufiq.

“Kenapa dengan rantai tu?” soalan pertamaku apabila Taufiq menjawab panggilanku.

“Hurm. Bukan rantai tu ke yang Dina tengok tadi? Budak kedai tadi cakap yang tu.”

“Memang la. Tapi macam mana abang tahu pasal rantai tu? Abang nampak?”

“Haah. Abang nampak Dina asyik tengok rantai tu. Sebab tu abang belikan. Kenapa? Dina tak suka?”

“Abang tahu kan Dina tak suka abang bazir duit. Lagipun rantai tu bukan penting pun. Banyak lagi benda yang lagi penting.” Haa. Ni yang aku mula nak membebel ni.

“Sebenarnya abang nak beli tu untuk birthday Dina. Tapi lambat lagi kan. So abang takut tak sempat. Sebab tu abang bagi sekarang.”

“Laa, kenapa tak sempat pulak. Abang nak pergi mana-mana ke?”

“Kan nanti abang praktikal. Takut tak dapat jumpa.”

“Oohh. Kalau macam tu, birthday Dina la baru Dina pakai.”

“Ala. Esok pakai la. Abang nak tengok. Pleaseee…” ah sudah. Mengada-ngada pulak mamat ni.

“Ye la. Esok Dina pakai. Okay la. Mengantuk ni. Nak tidur dulu. Jumpa esok. Assalamualaikum.” Aku terus meletakkan telefon dan hanyut dalam dunia mimpiku.

“Sorry lambat. Lambat bangun. Nasib baik abang tolong kejutkan.” Kelam-kabut aku masuk ke dalam perut kereta. Mesti Taufiq dah lama tunggu aku. Aish. Apa nak jadi anak dara lambat bangun.

“Dina tak set alarm?”

“Tak. Sebab biasanya terbangun awal. Hari ni lambat pulak.”

“Okay. Lepas ni, abang nak Dina set alarm. Nanti kalau abang tak ada, siapa yang nak tolong kejut? Silap-silap, ponteng kelas pulak sebab lambat bangun.”

“Baik bos.” Aku hanya terdiam selepas itu. Macam marah je bunyi dia cakap. Lantak dia la. Dia ni kan memang susah nak dijangka. Nanti okey la angin dia tu.

“Lepas ni, abang tak dapat hantar Dina pergi kolej dah. So, mulai esok, abang nak Dina belajar naik bas ke kolej.”

“Apasal pulak nak kena belajar lagi? Kan Dina dah biasa naik bas ke kolej.” Protesku.

“Dah reti? Okay, pass. Hurm. Abang nak Dina buang perangai suka lepak dekat balkoni tengah malam. Sebelum ni tak apa la. Abang ada boleh teman. Nanti kalau abang tak ada, jangan. Nanti ada orang lain pulak yang teman. Awak tu perempuan.”

“Hurm. Lagi?”

“Jangan balik lewat sangat. Bahaya. Kalau terpaksa balik lambat, call ibu dulu. Jadi dia tak risau.”

“Lagi?”

“Dina kena biasakan hidup tak ada abang. Selama ni kita berdua. So, Dina kena belajar tu.”

“Hurm… Macam boring je hidup bila abang tak ada nanti.” Aku mengeluh.

“Abang nak Dina berhenti fikir yang hidup akan boring kalau abang tak ada.” Hurm. Kena lagi. Aku hanya mengangguk. Entah kenapa hari ini banyak pulak yang dipesannya pada aku. Dah la tak tegur langsung aku pakai rantai yang dia bagi tu. Semalam dia yang beria suruh aku pakai. Macam la nak pergi praktikal jauh sangat. Tapi, aku hanya telan kata-kataku. Takut dia terasa hati.

Usai kelas, aku menanti Taufiq di tempat biasa. Namun, kelibatnya tiada. Kereta pun tiada di tempat letak kereta. Aik!!! Rasanya dia satu kelas je hari ni. Takkan dia tinggal aku kowt.

Satu mesej dihantar untuknya. 10 minit. 15 minit. 20 minit. Tiada balasan. Sibuk ke dia ni? Aku ni dah kebulur. Pagi tadi tak sempat nak sarapan gara-gara bangun lambat. Nanti kalau tinggal makan, dia datang pulak. Tak pasal-pasal merajuk. Mungkin dia sibuk kowt.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience